Thursday 31 October 2013

..

sangat sangat lama.

terperangkap dengan diri sendiri di sana. dengan diri sendiri, jujur aku katakan. mungkin rasa inferior yang terlalu, sehingga kadang, sungguh tak mampu nak keluar dari kepompong sendiri, yang simen dan batanya, dicipta juga oleh diri sendiri. sakit.

entah ke mana mahu dihalakan tujuan. sampai saat ini, masih kabur. cuma, dalam tiap langkah, jauh, aku ingingkan yang terbaik. sekurang-kurangnya, rekod tanpa kalah selama ini, ingin kuteruskan, walau sekarang, hampir separuh kumusnahkan. pedih.

lima minit yang berkualiti setiap hari pun tidak mampu aku wujudkan. parah!

mungkin stigma masyarakat atau apa, adakah pencapaian seseorang dalam satu komuniti itu yang menjadi kayu ukur, sejauh mana kata dan ideanya boleh diguna pakai? mungkin, ego aku-lebih-baik dalam menelaah menjadikan nasihat baik daripada orang yang kurang baik dalam menelaah dipandang sepi. mungkinkah? atau cuma aku ?

kalau ya, mungkin itu yang perlu kuhalakan.

jangan pernah berhenti mengharap rahmat Tuhan.