Tuesday 23 April 2013

...

Bismillah.

sampai satu tahap, aku tanya balik pada diri sendiri. apa yang dikejarkan sebenarnya kau belajar semua benda ni ? 

semua ni kau cari sendiri. walaupun kau terkejar-kejar dan tak berdisiplin masa belajar, tapi kat mana kau akan guna semua benda ni?

jujur. aku masih belum nampak kat mana guna aku suka semua ni. aku suka. sangat suka. sangat sangat suka. tapi sungguh, aku belum nampak mana gunanya. 

aku harap aku nampak. aku sangat berharap Allah akan tunjukkan dan mudahkan aku boleh apply semua ni.

dan ya, Allah, banyak nya majlis ilmu yang belum boleh pergi.

Allah, kalau ini yang terbaik, dan Kau izinkan aku untuk terus 'mecari' sendiri,

walaupun tak berdisiplin, walaupun tak konsisten dalam 'mencari', Allah,

permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah :')

jadikan hati kami redha dengan ketentuanMu.


Monday 8 April 2013

.

bismillah.

rupanya aku tak keseorangan. ada kakak yang sama bertatih macam aku. alhamdulillah.

usai sampai ke blog seorang hebat, melihat catatan kembara solonya ke Belanda, Allah.. kerdilnya diri ini. Betapa kurangnya ilmu dalam diri ini ya Allah. Sampai satu tahap, akan kupersolkan kembali, apa yang sudah aku timba sepanjang 17 tahun aku hidup di muka bumi ini?

Allah.. T.T

rugi sangat dulu sibuk dengan novel cinta yang entah apa-apa. aku dapat nothing. :(

semalam, pertama kali live bersama-sama dengan mereka, aku diam. malu. berada dalam kalangan orang hebat, memang diri yang serba kurang ini tak cukup ilmu untuk berbicara. walau mereka sebenarnya sangat meraikan sesiapa sahaja.

terlalu banyak yang perlu aku uliti. masih berkajang-kajang buku yang perlu aku cari dan habiskan membaca. sangat banyak. masih banyak sisi dalam berfikir yang perlu diasah. Allah.. moga aku mampu menjadi seperti mereka.

moga.

Saturday 6 April 2013

babang

dulu, masa awal tahun, esoknya hari pertama sekolah untuk sesi 2013.

"nanti kau balik mesti aku dah ada lesen," sengih.

alhamdulillah. walaupun lambat seminggu, dapat lesen masa dia masing PBS.

kali ni.

"nanti masa kau balik lagi midyear mesti aku dah pegi uni," sengih lagi.

amin!

haha. lepas ni kau balik, aku yang tak de kat rumah kot.

cuti dah lain-lain.

btw, take care!