Monday 6 May 2013

...

Bismillah. Morning :)

Baru mengahabiskan pembacaan essay pertama dalam Knowledge, Language, Thought and the Civilisation of Islam ( Essays in Honour of Syed Muhammad Naquib al-Attas ). Baru esei pertama ! -_- Tengok la tebal dia, huhu,  kena konsisten baca satu esei ke satu esei !

Esei pertama oleh Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud bertajuk 'Al Attas : A Real Reformer and Thinker', penceritaan serba ringkas sejarah kehidupan dan pemikiran falsafah ulung dunia ini.

Saya, melalui pembacaan beberapa makalah dan buku yang sangat sedikit (ya, sangat!) dan buku ini, secara personal sangat terkesan apabila beliau berbicara soal Adab.

Adab dengan manusia, adab dengan Tuhan, adab dengan masyarakat, adab dengan bahasa juga!

Konsep freedom yang selalu diwar-warkan oleh orang Barat dan dicedok oleh orang Malaysia, sangat kontradik dengan konsep freedom yang dianjurkan Islam. Freedom Barat ; seperti yang diketahui sangat menekankan nilai 'haiwan' dalam diri ; bebas, malahan, sangat bebas ; tiada had dan pada saya, seolah-olah hidup di dunia ini selamanya.

Sedangkan dalam Islam menyatakan bahawa freedom yang sebenar adalah bilamana kerohanian kita dapat melawan sifat 'haiwan' diri sendiri. Sebagai contoh, dalam urusan jual beli pun, sebenarnya kita berjual beli dengan diri sendiri ; dalaman. Adakah jiwa rohani kita mahu kalah dan rugi dengan 'haiwan', atau kita free daripada cengkaman nilai 'haiwan' itu. Freedom.

Bagaimana kekeliruan dalam ilmu (kekeliruan lagi payah, parah malah berbahaya daripada kejahilan !), akan membawa kepada kehilangan adab, terus pada kelahiran pemimpin yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allahu, bagaimana mahu melahirkan insan adabi ? :'(

Dan semalam, saya berbicara dengan kekanda yang sedang dilemma. Entahkan mahu meneruskan pengajian di tempat yang sama dengan saya, atau ingin terus kekal di sana.

Saya terkesan, kerana dia sudah lebih sekali berbicara dan meluahkan resah gundah, bagaimana nanti jika dia dijemput Ilahi, adakah ada sumbangannya untuk meninggalkan hati-hati yang terhidupkan? Dan lagi, dia gusar, adakah mampu menjadi 'ahli', dengan wang rakyat yang ditajanya jika dia kekal di sana. Dia mahu menjadi ahli. Atau ke tempat baru, guna wang sendiri, dan menjadi ahli. Jujurnya, saya juga, ya, mahu!

Patah balik. Recycle. Back to ummah. Sejauh mana kita boleh menyumbang semula kepada masyarakat.

''Ilmu wahyu adalah lebih diangkat  daripada intelektual. Fardhu ain lebih utama daripada farfhu kifayah. Orang yang memberi hidayah adalah lebih baik daripada kegunaan amali,"

Jom, usaha untuk 'berbalik' pada ummah!



Saturday 4 May 2013

UM dan PWTC :)

Bismillah.

Minggu lepas, berjalan ke KL. 2 hari je pun. Hihi. Hari pertama, ke temuduga UM. Alhamdulillah. Temuduga yang ringkas, rakan sekumpulan semua perempuan (Y) yang sempoi, panel temuduga yang awesome dan sporting, dan ya, auditorium dan bilik temuduga yang sejuk beku :D Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Dari kumpulan 4, terus dipanggil sebab ahli kami semua dah ada :) 

Me, Syahirah Huda, Syakirah, tak ingat nama hihi and Syaza. Alhamdulillah. I did my best. Dapat tak dapat, belakang cerita. Apa yang kita cakap masa tu, Allah yang tentukan, jadi rezeki untuk masuk situ pun, memang Allah dah set siap-siap. Maka? Berlapang dadalah, inshaAllah :) 

Panels (esp the female lecturer yang department of science ) and friends, I do hope we can meet again :) Really I do :)

Lepas tu, Cik Acim bawak pusing-pusing kawasan Lembah Pantai. Melawat kawasan katanya hihi. Minggu lepas kan memang tengah gila-gila pilihanraya. YB Nurul Izzah vs Raja Nong Chik. Cik Acim tunjukkan kawasan kampung Melayu yang dulu macam kampung kat Parit Bengkok ( kampung family ayah ) tapi sekarang semua dah kena halau atas nama pembangunan. Lepas tu orang-orang Melayu tu semua ditempatkan dekat flat murah yang kecik dan panas gila dan aku memang pasti sangat tak selesa.

Sedih. Benda ni jadi masa sebelum PRU tahun 2008 lah. Masa tu makcik-buat-hal-kes-lembu-berjuta-juta yang pegang kawasan situ. Tak, bukan nak cakap apa. Tapi sedih sangat tengok orang Melayu sendiri kena halau dari rumah, tapi, tak dijanjikan dengan keselesaan untuk hidup. Orang Melayu kita sendiri :'(

Cik Acim balik then we headed to Quality Hotel Jalan Raja Laut sebab aku mengada-ngada nak pegi PBAKL 2013 hihi dah alang-alang esoknya cuti kan so sekali jelah :p

So yeahaaaa! Esoknya, alhamdulillah ibu and I, pergi PWTC naik teksi. Ayah malas jadi stay dalam bilik kata nak tidur padahal jalan-jalan survey nearest hotel lain. Hoho. Pagi jalan tak sesak sebab hari cuti then masih dalam pukul 9.30 gitu, orang masih belum keluar.

Tapi, amekaww! Dekat PWTC je dah sesak. Serius punya kesesakan manusia. Nak jalan kena queue. Sorang-sorang kena jalan sebab takut berhimpit lelaki perempuan. Almaklumlah hari cuti kan jadi semua orang pun ambil kesempatan nak shopping buku mencari ilmu. 

At first ibu macam, ''kau nak cari buku apa sebenarnya ni?'' Aku pun blur. Sebab rancang nak pegi PWTC ni macam jadi tak jadi je. Jadinya, kat rumah aku tak survey pun maps ke pelan booth yang aku nak pegi ke, in fact aku pun tak tau aku nak beli buku apa. Yeah I know dengan sesak manusia macam tu, memang membazir masa dan tenanga dan peluh nak jalan berhimpit-himpit ke sana-sini without knowing my destinations. Apa yang aku tahu, aku nak cari novel Hlovate. Nak novel Anthem dengan Koleksi Tinta Hlovate. Map pun takda! Dengan sesak orang yang gila, sila ucapkan bye-bye ya pada  Booth Jemari Seni -.-'

Jalan-jalan kat level 1 belum ada yang betul-betul buatkan aku nak beli. Masuk kawasana booth PTS, Allah, tak nampak jalan pun. Keluar. Masuk hall Karangkraf, hmm, lagilah tak tahu nak cari apa. Karangkraf banyak novel je kan. Malas. Keluar.

Naik tinkat 2. Queue tau nak naik eskalator hihi. Then, jumpa booth ITBM. Hoyeah! Dah mula nak lonjak-lonjak sebab berharap dapat jumpa buku yang best dan bagus. Tapi, tak de. Hampa. Sebab banyak novel Bahasa Melayu yang dah diterjemah ke Bahasa Inggeris. Ibu nak beli novel Fatimah Busu pun tak jadi.

Jalan lagi. Lepas tu jumpa booth MAPIM. Mula-mula memang tak tau pun MAPIM tu apa. Pusing-pusing, ada banyak rak rupanya. Know what? Semua tu adalah buku terbitan daripada universiti-universiti kat Malaysia!

OMG ! Masa tu terus laju langkah tercari-cari rak universiti yang aku nak. Tapi macam dah nak hampa. Finally. Alhamdulillah. Jumpa rak UTM ! hihi. Syukur :)


tadaaa ! Knowledge, Language Thought and the Civilization of Islam.
Essays in Honour of Syed Muhammad Naquib al-Attas


  
Historical Fact and Fiction by Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas 



Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu by Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas

Ini dari penerbitan UKM. Sebelah je dengan rak UTM hihi.



Natrah, oleh Fatini Yaacob.

Buku ni ibu yang nak :)


Dapat je buku-buku ni, balik terus ke hotel hihi. Dah dapat apa yang suka kan, ngeee :) Semua buku dapat less 20%. Jadi dapat jimat :) Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Walaupun tak jumpa buku Adab dan Peradaban, huhu, takpe. Nanti boleh beli online ke lain kali eh. *pujuk diri sendiri*