Wednesday 27 February 2013

mula

sorang kawan tulis (lebih kurang) :

"dah kena eh fikir pasal politik umur-umur sekarang ni?"

eheeeee. aku sengih je membaca.

pada aku, ya. perlu.

alang-alang dah tak ada kerja nak buat kat rumah, tak salah untuk mula ambil tahu.

dan mula berfikir.

berfikir.

B.E.R.F.I.K.I.R

neutral. baca dan baca. fikir dan fikir.

oh, bicara dan berdiskusi !

sampai dapat konklusi.

yang kau rasa yakin dan pasti.

nanti bila dah sampai masa, taklah kita tercari-cari.

note to self.

:D

tapi jangan taksub ya :)


Monday 25 February 2013

NUSRA 2013.

bismillah.

alhamdulillah, malam tadi, selamat selesai program anjuran NUSRA-KELAB IMAM REMAJA-ASPUTIGS.

ceramah bertemakan 'cinta monyet dalam kalangan remaja' disampaikan oleh ustaz muhd. faridhilmi bin muslimin, sekaligus kawan kepada ustaz ilyas.

saya sampai agak lewat. dalam 3.30. janji jumpa kat surau, rupanya semua dah berkampung dekat bilik sakit blok A. haha. sarah. djah dengan bella siap dah tido lagi.

turun bawah. cari ustaz. rupanya esok (sabtu) ada mesyuarat PIBG. the whole school and most of the hostelians tengah sibuk prepare untuk esok. kompang. nasyid. blablabla. and i was like -.-'' kata free, kang ada program malam ni, mesti ramai yang half-hearted nak turun dewan.

aishhh. masa ni aku dengan jiha dah mula tak sedap hati. nerbes pulak tetiba.

dalam 4.30, masing-masing angkut barang pergi surau atas. alhamdulillah, walaupun tak ada tilam apa semua, tapi semua okay je :)

briefing. maghrib. bagi-bagi tag yang super comel. siap-siap untuk set up dewan. sebenarnya tak ada nak set up apa sangat pun. sebab kerusi dah disusun. cuma, nak prepare lcd, lappy, sound system dan sebagainya.

and the ceramah began :)

ohoho. bersesuaian dengan tema cermah cinta monyet, ustaz yang bagi ceramah tu pun sangat sporting, kelakar dan kena dengan theme.

okay first, dia cerita pasal apa itu cinta. setiap orang kat dalam dunia ni akan dicampakkan dengan satu rasa mahabbah. rasa kasih dan sayang. setiap orang. jadi, umumnya, rasa cinta tu tak boleh nak elak. akan ada. bila-bila masa sahaja rasa 'suka' tu boleh datang.

ustaz faridhilmi bahagikan cinta pada tiga bahagian.

1. cinta monyet
2. cinta segitiga
3. cinta palsu

ketiga-tiga cinta ini, adalah cinta yang sangat berbahaya. boleh melalaikan, boleh timbulkan hasad dengki, dan juga boleh membawa pada membunuh. nauzubillah.

as stated, cinta ni, bukan benda yang boleh nak dijangka bila nak 'jatuh kasih' dan sebagainya. jadi, langkah berjaga-jaga kena diambil dari sekarang !

1. jaga pandangan. jangan dok tengok tiap sosok badan lelaki itu. hahaa

2. jaga percakapan. nak tak nak, semua orang memang perlu berurusan dengan kaum berlainan jantina. cakap tu boleh, TAPI, cakap BILA PERLU SAHAJA. kalau masa belajar misalnya, boleh untuk tanya. tapi bila dah dapat solusi dan jawapan, tak perlu nak panjangkan perbualan. kalau nak berbual jugak, gatal la tuuu kehkeh

3. tutp aurat. tutup aurat. bukan balut ye. huhu. soalan cepu gangsa ustaz faridhilmi, mana yang wajib. pakai tudung atau tutp aurat? dan asramawati yang bijak2 belaka pun menjawa dengan yakinnya, TUTUP AURAT!! hehe. yeah.

then pom pam pom pam, ustaz cakap, manusia akhir zaman akan suka pada 5 perkara, tapi lupa kepada 5 perkara. which are :

1. suka kepada DUNIA tapi lupa pada AKHIRAT
2. suka kepada HARTA tapi lupa pada HARI KIAMAT
3. suka kepada MAKHLUK tapi lupa pada PENCIPTA
4. suka BERDOA tapi lupa BERTAUBAT
5. suka RUMAH tapi lupa kubur

sentap.

very true. kan kan kan?

cinta yang hakiki dan perlu disemai dan dibaja tiap2 hari ialah cinta pada Allah dan Rasulullah s.a.w.  dan sepandai pandai manusia ialah manusia yang ingat kepada MATI.

astaghfirullah hal'azim.

tak ingat banyak sangat. hehe. sori yaya. tapi ni antara point penting ustaz cakap :)

dalam 10.45, ceramah tamat. alhamdulillah. semuanya berjalan lancar.

ambil gambar. kemas dewan. supper. isya'. TIDUR dengan sejuknya dan gigil-gigil hahaa.




Sunday 24 February 2013

A dan B

bismillah.

dua tiga hari ini, masalah ni suka buat aku pusing-pusing dan guling-guling sebelum tidur.

tak, bukan masalah. tapi lebih, pada, emm, aku yang belum faham konsep dan cetek ilmu?


yup. masih mencari. dan yup. belum dapat konklusi. heh.


betul kata kakak yang dikasihi dan baik hati (walaupun baru kenal) :)


"nanti akan sampai masa, bila awak akan kata 'oooo' atau awak akan jumpa benda yang boleh buat awak tak tidur malam,"


masa ni kami cakap pasal benda lain. tak de kena mengena dengan keluh kesah (heh) sekarang ni.


setakat ni aku masih tidur dengan cukup lena :p


tapi, ya. benda ni, makin lama makin buat aku keliru.


sekejap aku rasa, aku setuju dengan kata A. aku kata aku faham. aku fikir, dan aku hadam.


tapi bila aku baca tulisan orang, aku jadi goyah. ya. itulah yang sebenarnya. goyah.


dan bila aku tanya B, pun aku setuju. aku faham. aku fikir. bila aku baca dan tonton, aku rasa aku mula menghadam.


fuhhh.


apa yang aku (yang sangat cetek ilmunya ini) nampak, A dan B berlawanan. jelas.


A lebih kepada pegangan yang kuat pada jati diri dan asal usul. dan teguh pada kedua-duanya juga. sangat teguh. dan kadang, orang (dan aku juga pernah terfikir bila membaca ulasan), memilihkah A ini?


tapi aku faham. walaupun aku belum pernah terlibat secara langsung dengan A, aku pernah dimengertikan. A bukan mahu memecahkan. sebaliknya mahu memberi peluang kepada mereka untuk memilih yang seangkatan jati diri.


B. hurmm. mulanya, bila aku dimengertikan tentang A, aku dengan mudahnya menolak B. entah ya. orang yang mengertikan aku tentang B sangat aku kagumi dan hormati. mereka, uhuh, sungguh aku ingin jadi sepertinya. dan ya, mereka berhujah guna statistik, angka dan fakta. juga perudangan.


A juga begitu. tapi ya, sudah aku kata aku tidak pernah terlibat secara langsung dengannya, maka aku tidak tahu tentang penomboran A.


ah, bukan penomboran yang jadi pokok bicara, tapi kefahaman dan bijak dalam menilai.


A sungguh-sungguh mahu penyeluruhan dalam segala aspek. baik dari sekecil-kecil anak, sehingga sebesar-sebesar bapak. A mahu membangun dalam penyeluruhan dalam semua aspek. A suka mendekati. dan ya, rasa dihargai tu tak boleh tipu. tapi.. hurm. kalau mahu A punya ukhuwah dan tarbiyyah sahaja boleh? hehe. 


B pula, aku mulanya setuju dengan A, dan aku juga tak boleh nak tipu tentang takut kalau tuan tanah dikerumuni semut api. B pandai dan bijak. cuba memahamkan rakyat tentang perundangan dan cuba usir momokan yang diperdengar. soal toleransi, aku tak nafikan kewajarannya. ialah, kita kan air batu campur. ada ais, jagung, kacang. kan? persoalan-persoalan yang dikemukakan B kerap kali buat aku berkerut-kerut. huhu.


tapi sungguh, aku tak berapa suka B mengatakan A ditunggangi sesiapa. tentang isu-isu sensitif monotheisme, aku, hurm. entah ya. 


ilmu cetek lagi. ini pandangan peribadi daripada insan mentah dan hina. mentah. sungguh mentah. sangat mentah.  masih banyak yang perlu aku selidik, teroka, baca, faham dan nilai.  yang pasti, aku pernah dipesan, jangan jadi syabab yang dicucuk hidungnya.


orang kata A, A lah perginya. orang cadang B, B lah diturutnya.


tak. aku tak mahu macam tu. kalau aku mahu ikut, biarlah dengan rela hati dan kefahaman yang penuh.


moga kita diberi hidayah dan cahaya daripadaNya.

moga kita ditunjukkan jalan yang lurus.
moga kita dimantapkan islam dan iman.
moga kita dijauhkan daripada pemesongan akidah.
moga kita mampu berjuang, belajar dan bangkit untuk ummah.
moga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan yang zalim.
moga kita sentiasa dibantu olehNya dalam membuat keputusan dan penilaian
moga kita istiqamah.
moga kita terus mencari, mecari dan mencari 

:')




Saturday 23 February 2013

lectures

first class started yeahhh !!!

kena seimbangkan. jangan one sided.

nauzubillah.

baca dan baca terus.

jangan malas !


Wednesday 20 February 2013

when we were darjah 3

lukisan alam - Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah,
langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam,
(begitu aturan Tuhan)

jadilah rumput nan lemah lembut,
tak luruh dipukul ribut, 
bagai karang di dasar lautan,
tak terusik dilanda badai.

dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu,
dalam senang, awasi kealpaanmu,
setitis derita melanda,
segunung kurniaanNya.

usah mengaharapkan kesenangan, 
dalam perjuangan perlu pengorbanan,
usah dendam berpanjangan,
maafkan kesalahan insan
(begitu ajaran Tuhan)

hasbiallah, Hasbunallah,
HasbiRabbi, Jalallahu Ya Allah.

dalam diam, taburkanlah baktimu,
dalam tenang, buangkanlah amarahmu,
suburkanlah sifat sabar,
di dalam jiwamu itu.




it was darjah tiga. sekolah agama. since when i don't know,
suddenly got annual activity, interclass nasyid competition.

got two class of primary 3 students.
so, both teacher agreed to combine us together.
the girls, nasyid part.
the boys, marhaban (if i'm not mistaken)

cikgu al amin (kot) was my class teacher. he handled the boys.
and cikgu hayati, handled us.
she picked this song.

the solo was jalia. my best friend forever :)
the rest, tolong mengharmonikan suara (ececeh)

i donno why. but during our performance, she suddenly stopped singing. terberhenti kejap.
and the rest got blurred for seconds.

because of that, the darjah 1 students won.
-.-''
hahaaa. funny seih.

the thing is,
dah lama sebenarnya tak dengar lagu ni. in fact tak ingat sangat pun.
cuma baru ni, ada sorang kakak post lagu ni kat fb,
and wrote out a few lines of the song.
:')

dulu anggap lagu ni biasa-biasa aja.
darjah tiga kot, fikir apalah sangat.
tapi bila dengar balik,
indah. menusuk. sangat realiti.
ada sentimental value lagi (lagu masa childhood katanya haha)

best :D



teruja

dia kata dia teruja. terlebih teruja.

aku kata, aku lebih teruja kuasa tiga. 

sebab aku tak pernah rasa.

doa makin berganda.

moga ada jodoh antara kita.

dengan impian dan cita-cita.

Allahu yusahhil :)

p/s : intan sya. untung lah dah dapat P. aku jeles. hahaa

Tuesday 19 February 2013

mujahadah

bismillah.

its 19th of feb 2013. 31/30 more days to go before spm result. *gulp*
Allahu yusahhil. semoga Allah permudahkan.
enough. harap perasan tak berdebar ni akan kekal sampai the DAY.

mujahadah.
baru-baru ni baru baca blog kak madeeha, tajuknya manusia biasa

manusia biasa.
yang mudah lagha
mudah addicted dengan drama
goyah dan lemah bila kawan tak ada sekeliling.
logik kalah dengan kata hati.
sedih. dan rugi. kan?
tak. ni bukan kak madee je. aku pun.
malah semua orang.

baca status kak rina juga.
lebih kurang macam ni,

"mujahadah tu bila kita cuba dekatkan diri dengan Allah, tanpa akhowat di sekeliling,"

alone. without friends.
its HARD.
even the HARDEST.

Allah.. memang bukan senang nak praktis dan amalkan balik semuanya sendiri.
solat awal waktu.
al-Quran days and nights.
al-ma'thurat.
aurat.
ikhtilat.
baca buku.
tambah ilmu.
paksa jugak diri tengok discovery channel daripada tegok drama biasa (bila mood nak tengok tv sangat)
sibukkan diri dari berangan tak tentu pasal

its HARD.
lagi-lagi orang yang baru nak mula bertapak macam diri ini.

but yeah.
bila kita cuba paksa diri sendiri,
lama-lama dah terbiasa.
sendiri rasa bersalah bila ada yang tertinggal.
kan?

dan ya,
nothing is more happier than having friends and seniors yang boleh ingat mengingati,
tegur menegur, sama-sama berubah
kongsi ilmu. cerita itu dan ini,
jadi pemangkin semangat,
tambah ilmu. kejar ilmu
baca dan terus baca.

banyak lagi sisi yang perlu diperbaiki. bantu aku :')




Monday 18 February 2013

.

bismillah.

sebenarnya dah ngantuk malam-malam ni. cuma tengah tunggukan download iLivid apa ntah. hee

seminggu dua minggu ni. rasa banyak sangat benda yang berlaku.
walaupun duduk rumah sahaja.

tak. bukan banyak benda yang berlaku.
kejadian boleh dikira.
tapi, dari dalam diri sendiri.
macam-macam.

sebelum cuti jumpa kak madeeha.
Allah, macam mimpi jadi kenyataan :')
terlalu banyak ilmu yang kami dapat masa tu.
walaupun satu hari. tak. setengah hari.
terlalu banyak. Allah :')
dan sayangnya, dalam pertemuan tu,
aku tak mencatat. TAK MENCATAT.
pengajaran berguna.

dan ya.
ziarah kawan di subang. selepas dua tahun lebih.
belajar jalan sedikit2 di kuala lumpur.
ahaaa.. memang girlish mode betul masa kat rumah intan tu :p
dah alang-alang semua perempuan kan? hee.
singgah rumah nenek intan di kelang.
konklusi : trip ziarah yang awesome kuasa tiga :)

kelas memandu.
walaupun agak stress (haha)
dapat jumpa kawan.
terubat rindu :')

paling menarik.
saya jumpa kawan baru :)
yang... Allah.. boleh buat saya senyum sendiri.
sungguh.
terlalu mendorong. sangat mendorong.
Allahuakbar.. indah, sungguh indah.

Allah fates every single slave of Him with the best thing.

alhamdulillah. alhamdulilla. alhamdulillah.




Saturday 16 February 2013

..

"nak apa sebenarnya dalam hidup ni?"

"aku nak tarbiyah"

"aku nak ukhuwah."

"till jannah?"

"dengan izin Tuhan,"

"macam tempat tandus-damai tu?"

yup.

"aku nak jadi individu yang boleh bagi manfaat pada orang,"

"ilmu?"

angguk

"self satisfaction?"

pun ya. ilmu untuk self satisfaction.

"ahah. yang ini persis semua. salji dan tanah air sendiri,"




usaha. jom usaha!

Thursday 14 February 2013

.

"bukan memang selalu ke macam ni?"

entah.

"tenang. ni cabaran,"

"ukhwah, kan? kau je kena positif"

positif. cuba bina.

mahu terapi.

spesifikasi

"spesifikasi, itu yang kau cari?"

angguk.

"tapi tak ramai yang boleh bagi spefikisasi secara terus. lebih-lebih lagi perihal macam ni,"

"aku tahu tu,"

"ramai yang tak boleh nak bagi spesifikasi yang kau nak, sebab orang suka cakap secara umum. sulit bro,"

tahu. faham.

"tapi kan aku cakap aku tertinggal kereta api. aku nak spesifikasi sebab aku nak kepastian,"

jeda. tarik nafas. lepas.

"kau kena usaha,"

betul. usaha. dan selongkar perjuangan.


Wednesday 13 February 2013

lewat


“aku rasa aku tertinggal kereta api,” tangan menggenggam batu lalu dilontar. Melihat wajah yang terserak dalam kocakan air, d iamengeluh kecil.

“rasa?”

“maaf. Bukan rasa. Pasti,”

“kereta api pun ada susulannya. Hatimu terlalu resah dan rencam memikirkan perihal kelewatan,”

Dia termangu. Tangan lembut yang mengusap bahu kanan terasa begitu mendamaikan.

“bila mahu berniqab?” tukar cerita.

“seperti kau?”

Angguk.

“aku suka. tapi, tak. belum lagi,”

Hak individu.

“tak mengapa. Istiqamah terus. Dan cuba kejar kereta api, ya?”

Angguk lagi.

Tuesday 12 February 2013

perlu

bismillah.

mood skema hari ini. senyum.

hampir 2 bulan sejak perasaan nak patahkan pensel lepas subjek akaun kertas 2. fuhh. lega memang tak boleh tipu. orang kata 28 februari. atau mungkin pertengahan mac. Allahualam. awal? sebab nak pru. pru? heh.

kata kak madeeha, masa cuti ni memang kena manfaatkan sebaik baiknya. sama ada akan tersasar jauh, atau boleh dapat banyak benda. istiqamah. cuba perbaiki diri. semuanya berbalik pada iman dan takwa.

dan aku rasa, ya. sampai saat ni, aku rasa aku dah belajar banyak benda. perkara yang sebelum ni aku rasa aku tak nak ambil pusing sebab rasa loya, aku rasa aku suka, perlu dan mesti ambil tahu.

aku rasa aku kenal ramai orang baru. aku rasa aku lebih ramai kenalan. baik lelaki mahupun perempuan. tak. aku tak pernah jumpa pun mereka. banyak yang aku jumpa, bila terpaut-paut namanya dalam profil orang lain. orang yang sama fikrah, atau mungkin juga berbeza. orang yang sangat penuh dengan perjuangan. padat dengan misi. dan terlalu mampat dengan pemikiran, idea, falsafah, dan pandangan.

ramai. sangat ramai.

dari negara obama, sampai salji mancehester, u-turn ke timur tengah, dan baru baru ni, patah balik ke tanah tumpah bumi malaysia. Allahuakbar. tak. mereka tak kenal aku. cuma yang di Malaysia baru baru ni, ada bertegur sapa dalam muka buku. ahaaa. aku sangat gembira. sungguh sungguh.



kenal mereka. walaupun cuma pembacaan di muka buku dan blog, sungguh sungguh buat aku rasa kerdil. kerdil kuasa 10000 atau lebih. heh. betapa selama ni aku langsung tak ambil tahu isu semasa. betapa selama ni aku rasa macam orang yang tak berfikir. betapa selama ni aku rasa macam aku ni langsung tak guna, sebab terlalu fokus dalam komitmen aku saja, sampai tak cakna langsung dengan dunia luar. sungguh. betapa, dan betapa yang sangat bermacam-macam. betapa aku kurang sedar, yang dunia sekarang tengah sangat rencam. heh. betapa banyak sangat laman dan artikel yang aku perlu baca, teliti dan cover semuanya, semampu yang mungkin.

itu tak termasuk lagi dengan ilmu ilmuwan islam. aku rasa aku nobody.

*aku cuba nak sampaikan dengan cara paling umum dan penuh hati hati*


tarik nafas. hembus. tarik. hembus.

aku boleh kategorikan, mereka yang aku kenal, ada dua persepsi (atau 3? ). atau lebih tepat pada pendirian. masih, semuanya aku cuba terokai, dan fahami.

satu. kak madeeha yang perkenalkan. yang pertama-tama aku kenal. alhamdulillah. aku dapat hadam dan cerna. kak madeeha ada jugak explain serba sedikit masa usrah foos court hari tu. alhamdulillah.

tapi bila baca mereka punya pandangan, aku mula berfikir dan berfikir lebih lagi. mula aku kenal diorang, makin bertimpa aku punya 'betapa' dan rasa kerdil dalam otak. yang ini, lebih universal. dari isu semasa, perbahasan, politik, agama, sampai ke statistik. sungguh aku rasa kerdil.

aku mula jadi pening. mana yang betul?

kata kak madeeha, bila syira dah faham apa yang akak cuba sampaikan ni, syira akan mudah faham tindakan yang dibuat dan diumumkan.

dari situ, aku sangat sedar yang kefahaman aku belum penuh. ya lah. aku memang belum pernah terlibat dengan usrah atau pun apa apa aktiviti secara langsung. masih, aku cuba nak fahamkan. pimpinan dan islam, tak boleh dipisah-pisahkan. islam kena syumul. tak boleh bercampur langsung dengan agama lain dalam apa jua benda. tak boleh. sikit pun tak boleh. aku, walaupun aku tak pernah terlibat secara langsung, aku rasa benda tu aku boleh faham, aku boleh hadam, dan aku boleh terima. aku pegang kefahaman ni kuat-kuat dalam setiap benda dan maklumat baru yang aku terima.



pun, aku tak tolak apa apa idea dan fahaman orang lain. mereka yang aku kenal, banyak sisi yang sama dengan apa yang kak madeeha sampaikan. cumanya, ada satu sisi yang pandangan mereka berbeza sedikit. aku perlu faham lebih lagi. sebab aku tahu mereka bukan cakap-cakap kosong. orang macam mereka mesti ada pemahaman sendiri. lebih lebih lagi pasal masa depan negara. aku hormat, sangat hormat benda tu. aku cuba cari sendiri, tapi masih tak dapat penjelasan. aku rasa aku kena tanya. aku jumpa perkataan 'islah' dalam artikel dari manchester. aku rasa itu. tapi aku kena ada pencerahan.

ahaaa.. yang mengejutkan. aku rasa sangat sangat nak jadi macam mereka yang cakna dengan semua benda. yang matang dalam semua fikiran. yang ulasan dan komen sangat provokatif (dalam definisi aku sendiri) yang buat rasa nak tahu dan lebih tahu dalam diri aku meluap luap.

Allah.. nikmat apakan lagi yang ingin aku dustakan?

sungguh, walaupun perkataan 'betapa' tu banyak sangat dalam otak aku, walaupun aku rasa aku dah tertinggal kereta api jauh sangat, aku masih rasa besyukur. sekurang kurangnya, aku dah mula keluar dari kepompong 'dialah imamku' . heh.

keluar dari kepompng (:


jom kawan-kawan. kita kena keluar dari kepompong ni. perbaiki diri dan istiqamah come first. cakna, cakna dan cakna dengan isu ummah dan masa depan negara perlu disusuli lepas tu. perlu! yang penting, islam jadikan tunjang dalam apapun.

"andai kota itu peradaban, rumah itu adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalaha agama,"

perenggan pendahuluan dalam setiapa bab novel tuhan manusia. aku faham dan aku hadam.

perlu! ayuh!

jeles lol


kay fine sila jeles tak balik 'kampug' CNY punya raya T.T 





#1 pakej holiday subang

bismillah...

alhamdulillah. dah selamat sampai rumah. alhamdulillah lagi. dapat rezeki eratkan balik ukhuwah. after 2 years tak jumpa. finally ! heee.

SABTU

bas s&s pukul 3.00 petang. haha ayah bising apasal beli tiket bas lambat sangat nanti sampai rumah orang malam malam. haha tak tau. tu mai yang belikan. tak kan nak demand pulak kan. at first me myself macam tak percaya. wahh sangat besar gituu boleh naik bas ekspres tido rumah kawan ceh cehhh. serius takut. bukan takut. lebih pada bimbang. macam macam kemungkinan i terbayang bayang. bas rosak lah. menyusahkan famuly orang laahh. we started our trip with basmallah.

okay actually kawan mai yang belikan tiket. and she (or he? i donno) tersalah belikan tiket. suppose to be tiket batu pahat - terminal kelang. tapi dia beli batu pahat-terminal bas selatan. a few days before, mai cakap, sampai TBS kitorang akan naik public transport sendiri, balik rumah intan. sebab TBS jauh dari subang. nanti menyusahkan intan blablabla. like seriously, i cannot hide my worries at that time. gilaaa kaauuu. dah la perempuan. nak naik public transport sendiri pulak tuuu haishhh. tapi ghupenyer intan yang jemput ngan aunty idahh.. fuhhhh.. siyes i rasa diapharam yang tadinya tidak mampu contract dan relax dengan sempurna, kembali berfungsi.. alhamdulillah. oh ye. bas penuh dengan 'cousin teha' a.k.a mamat warga asing. mai la ni yang kasi gelaran. warga asing punya angkara, teha dapat nama. haha kesian teha.

kami sampai TBS dengan selamat dan on time. bas tu sangat laju okayyy.. lalu pagoh jalan berliku tapi bawak bas i rasa macam nak race. alhamdulillah selamat sampai. naik atas. cari surau. alhamdulillah sangat convenient. mesra muslimah (Y) mai sibuk nak cari subway sebab teringin gila nak rasa. bila nak masuk, patah balik pulak. jimat duit katenyewww hahaaa. mai.. mai...

pengalaman pertama dekat TBS, nampak orang sangat ramai. orang sangat selamba. boleh duduk dekat tepi tepi lantai, dekat tiang2, online, baca buku. sebab dekat TBS tu sangat sesak. ramai orang. jadi semua orang macam tak heran je nampak orang lain duduk duduk atas lantai gituuu. ingat ye. bukan duduk lantai mengemis meminta simpati. duduk lantai sambil online kauu. kelas gituu haha. seat pun tak banyak. lagipun lepas duduk dalam bas lama2, mesti rasa nak luruskan kaki sementara tunggu orang datang ambil etc kan kan? tapi aku, main n teha takdelah duduk bawah. kami duduk kat kerusi.

sangat ramai 'cousin teha' hahahaaa... takut mak jemah.

dalam pukul 7. intan ngan aunty idah sampai. legaaa sangat alhamdulillah. after 2 years, intan sangat matured. thumbs up! then kami semua naik ktm balik batu3. duduk dalam koc wanita. haha. aku ni jenis yang lambat warm up. jadi awkward dan pendiam sangat ketara di situ ye hewhew. then dinner. fuhhh... sangat penuh perut itu malam. alhamdulillah. and we arrived home safely around 10. berbual. gelak. mandi. solat. gelak. lights off. tidur!


Thursday 7 February 2013

usrah food court

bismillahhirrahmanirrahim

subhanallah. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

macam mimpi. semalam dapat jumpa kak madeeha. selama ni aci cakap kat facebook je, kalau cuti nak jumpa. heee. semalam, alhamdulillah, Allah bagi peluang kami jumpa ramai-ramai. syira. jiha. dhiya. iera. ctoq. intan. kak madeeha. oh ye. ada kak atikah amirah sekali. selingan jumpa raja and atiq.

dari pukul 11 sampai pukul 3 bertapa kat food court bp mall. heehee. bukan bertapa kosong. lebih pada cerita. kongsi masalah. tanya pendapat. usrah :') masing-masing rasa macam mimpi. nak nangis pun ada. kami segan nak jumpa kak madeeha, sebab rasa macam, entah ek. rasa rendah diri. kami ni dah la hu-ha-hu-ha je hewhew.

once kak madeeha sampai, semua macam speechless. tergamam pun ada. kak madeeha pun segan nak jumpa kitorang. hahaa. akak, kitorang yang segan dengan akak tau. ilmu kitorang dengan ilmu akak macam langit dengan bumi :')

alhamdulillah. banyak sangat ilmu yang kak madee share dengan kami. banyak sangat. dari pengalam akak masa sekolah yang nakal dulu. macam mana kak madee cuba ubah diri dia dari ikhtilat atau pergaulan. macam mana kak madee diperkenalkan dengan ukhti dan akhowat yang,, subahnallah, sangat jeles dengan ukhuwah dorang. macam mana dia mula nak cari diri, kena pulau dengan kengkawan. dan akhirnya sampai di bumi mesir. dan pilih wasilah yang ukhti pegang sekarang.

wasilah. ya. wasilah.

macam lawak haisshhh dulu tak pernah terfikir pun akan fikir pasal wasilah segala bagai ni huahuahua. wasilah. wasilah ni, jalan. laluan. fikrah kita, dan kat mana kita nak sumbang tenaga kita pada islam.

tak nak mention ukhti ikut wasilah yang mana. cumanya, saya pegang konsep dan fahaman macam ni.

hidup kat dunia, kita kena kenal dan tahu apa matlamat hidup kita. kita nak macam mana? sepatutnya, matlamat hidup kita, kita nak BERBAKTI dan MENYUMBANG kepada pembangunan dan agama Islam.

sebab tu pentingnya ada wasilah. sebab bila ada wasilah, kita boleh kenal pasti fikrah kita, dan kita dah ada laluan untuk sumbang tenaga kita pada islam. satu yang kami suka, ukhti tak ada cakap wasilah lain sekian sekian. semuanya ok. semuanya tak bertentangan dengan syarak. cumanya, ialah, kefahaman setiap individu tu berbeza.

mungkin individu A kata, wasilah A best, tapi mcm tak berapa berkenan dengan fikrah wasilah B. mungkin juga individu B berkenan dengan wasilah B, tapi macam tak ngam dengan wasilah A. ha, macam tu lah lebih kurang.

pada saya, setakat ni, saya setuju dan dapat hadam apa yang kak madee dah terangkan pada saya. neutral. dalam segi apa pun. kalau salah kita cakap salah. kalau betul, kita sokong. pengamalan islam dalam kehidupan kita kena SYUMUL. menyeluruh. islam tak boleh bercampur dengan benda lain, walau sikit pun. kat sini nampak yang islam adalah satu agama yang TEGAS.

tak boleh bercampur dengan benda lain walau sedikitpun. dari segi apa pun. SYUMUL. baik dari segi pertuturan, percakapan, idea, pandangan, dan juga pentadbiran.

pentadbiran dan organisasi. entah macam mana. macam berminat pulak dengan kerja-kerja organisasi macam ni. heheee. senang kata, politik la. :p

banyak lagi yang saya kena kutip. ilmunya. tokohnya. imam hassan al banna. syed qutb. subhanallah. banyak sangat perkongsian semalam.

tak sebut lagi pasal isu-isu semasa. pluralisme. sekularlisme. humanisme. hedonimse. syiah. murtad. Allahhurabbi.. permasalahan umat. cakna tak cakna ajalah remaja sekarang dengan isu2 macam ni. hee yang cakap ni pun sama gak. masih banyak benda yang perlu ditimba dan diperbaiki.

ingat, jadi jadi individu yang terpengaruh dengan suasana, tapi kena jadi individu yang merubah suasana. semuanya berbalik pada iman dan takwa.

sambung cerita dalam bas. dari bp mall sampai depan rumah hehe. sebab kak madee naik bas ke muar jugak. cerita pasal tarbiyyah. nikmat tarbiyyah. ukwah. Allah.. nak sangat rasa suasana macam tu :')

untuk kak madee, terima kasih sebab datang jauh-jauh, spend masa ngan kami. cerita banyak benda dengan kami. share banyak ilmu. serius macam mimpi.

untuk iera, diya, jiha, intan dan ctoq, terima kasih kat hangpa semua. kalau hangpa tak ada, mesti kurang syok. thanx sebab jadi kawan aku selama ni. ingatkan mana yang lupa. betulkan mana yang salah. aku sayang korang. ukhwah fillah :'D aku bersyukur sangat dapat kawan macam korang.

usrah di food court. nikmat Allah. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

Tuesday 5 February 2013

syiera dhiera, nah !!

bismillah.

haaa.. iera. ni aku tulih kat sini. malas nak inbox hang kat fb. hang suruh aku habaq apa yang aku bincang sikit ngan kak madeeha kan? haaa. aku bincang pasal pluralisme dengan liberalisme sikit. aku nak habaq banyak2 pun, ilmu masih takat buku lali lagi. so, ini ajalah yang aku boleh citer kat kau ye ^^




okay cenggini. pluralisme dengan liberalisme ni kira satu kroni la. dua-dua humanisme. humanisme ni ape? hee. macam satu fahaman yang dibuat oleh manusia. ikut logik akal. kalau akal dia rasa betul, betul lah. kalau akal dia tak berkenan dengan satu benda tu, dia tolak. bebas. liberal.

kalau pluralisme ni kan iera, ada banyak. contoh, pluralisme sosial. kalau pluralisme sosial ni, macam kita ni lah sekarang. toleransi. hormat agama orang lain. apa yang kita practice dekat sekolah dengan hidup sehari-hari.

tapi apa yang jadi isu sikit .. bukan isu sikit, isu BANYAK, ialah pluralisme agama.

yang aku cakap awal awal tadi, pluralisme ni bebas, kan? so kalau pluralisme agama, kebebasan dalam agama. orang yang bawak fahaman pluralisme ni kan iera, dia suka hati je nak cakap, semua agama tu benar. semua agama boleh bawa manusia ke jalan yang betul, ke syurga. agama islam betul, yahudi betul, kristian pun betul. walhal kita semua tau kan, setiap orang mesti percaya yang agama dia aja yang betul. macam kita, kita sangat percaya islam adalah agama yang betul dan agama yang diredhai Allah.

ada jugak fahaman liberalisme ni, dia cakap, kebenaran tu berpecah-pecah. maksudnya, dalam agama islam ada kebenaran sikit. dalam agama yahudi, ada kebenaran sikit. dalam agama kristian ada kebenaran sikit. dan banyak lagi kebenaran yang dicedok sikit sikit dari pelbagai agama.

jadi, diorang akan ambil 'kebenaran' tu semua, gabung, jadikan satu agama yang baru. 'kebenaran' yang dorang cedok tu, adalah point atau pun law yang dorang rasa senang, mudah, logik dan boleh diterima akal. jadi agama baru dorang tu akan berpandukan pada logik akal. kalau dorang fikir satu benda tu macam tak boleh nak dicapai akal, dorang tolak.

eh iera, mu faham tak apa yang aku cuba nak cakap ni? heee. cakap memang berbelit douh.

then, liberalisme pulak, lebih kurang sama je. cumanya, orang selalu kaitkan dengan kebebasan seseorang untuk beragama. hari nak jadi islam, jadi la islam. esok lusa nampak kristian macam best, jadi penganut kristian pulak. nauzubillahi min zalik. macam tu lah. sebab dorang fikir, agama tu kan bebas.

ada jugak yang kaitkan dengan ayat alQuran yang "tiada paksaan dalam beragama" tu kan. suka suka je nak tafsir alQuran ikut logik. tiada paksaan dalam beragama tu merujuk kepada non-muslim. tak ada paksaan untuk non-muslim untuk join islam.

in fact, masa zaman pembukaan kota mekah pun, nabi Muhammad bagi choice kat orang2 Mekah, untuk mendalami islam dalam masa 4 bulan. lepas tempoh tu, mereka semua diberi pilihan. sama ada nak peluk agama Islam, atau tinggalkan Mekah. tak ada paksaan.

tapi ayat tu dah disalah tafsirkan oleh orang yang suka fikir ikut logik sangat. once kita dah islam, nak tak nak kita KENA amalkan islam dengan menyeluruh. from head to toe. dari bangun tidur sampai la nak tidur balik.

kata ukhti lagi, islam memang bagi kita kebebasan. semua orang pun ada hak asasi dan kebebasan. tapi yang special dalam islam, kebebasan kita tu semuanya ada HAD. kita bebas buat apa sahaja asalkan tak melanggar syariat, akidah dan hukum hakam agama. kalau kita rasa secara logiknya benda tu baik dan betul then go on. teruskna. janji tak langgar hukum agama islam.

sekarang ni kan iera, benda ni sebenarnya dah jadi isu besar dalam masyarakat. cuma cakna tak cakna je la dengan isu macam ni. sebab nya, banyak remaja sekarang yang lagi suka dengan hiburan dengan artis. namanya, hedonisme, budaya yang sangat-sangat pada hiburan.



tak ramai yang nak ambil tahu benda-benda macam ni, especially remaja. so nye, kita kena la ambil tahu sikit-sikit pasal isu ni. just in case. cabaran masa hadapan dan dunia luar, kita tak tau lagi kan? jarum pluralisme ni sangat halus. sangat sangat halus. sebab pluralisme ni boleh meracuni fikiran umat Islam zaman sekarang dalam sekelip mata je. sama ada kita sedar, atau pun kita tak sedar.

aku ada baca jugak, jarum-jarum halus macam ni, sangat licik tau. memang sengaja je nak rosakkan akidah umat Islam, terutamanya remaja macam kita ni.

untuk yang tak berapa nak cemerlang dalam akademik, tak berapa suka berfikir, diorang akan cucuk jarum hedonisme. berhibur. artis. berhibur. artis. sampai leka.

untuk orang yang suka berfikir pulak, diorang akan gunakan konsep pluralisme-liberalisme ni lah. konon konon kalau kita pandai, mesti lah kita dapat fikir secara logik. semua benda sepatutnya boleh diterima akal, dan boleh dicerna dengan pancaindera. nauzubillah hi min zalik.

pasal isu ni, aku cuba fahamkan buku tuhan manusia, karya faisal tehrani. untuk pengatahuan kau, ramai orang cakap dia syiah. allahualam. boleh baca buku dia in shaa Allah. cuma kita kena pandai ekstrak mana yang betul, mana yang salah. oh btw, buku ni di-suggestkan oleh kak adilla dengan saudara hazman yang dekat manchester tu huahuahua. bak kata kak adilla dalam video dia kat uni terbukan anak muda "tak delah lepas saya baca buku FT saya terus nak jadi syiah" haha. yang penting, kita kena pandai pilih maklumat. moga-moga kita semua terus terpelihara daripada pemesongan akidah sentiasa berada di jalan yang betul. allahualam.






so, iera. ni aje lah yang aku faham dan aku baca setakat ni. as i said, aku nak habaq banyak-banyak, ilmu masih takat buku lali. entah-entah tak sampai pun. kalau ada salah fakta, tolong betulkan ya. takut-takut terbawak fahaman yang salah pulak.

Allahualam.

Monday 4 February 2013

3H2M

 salam (:

pn jamilah panggil. tolong buat mural. tingkat bawah sekali. dengan blok B. 

me, jiha, dhiya, ctoq and intan. berlima

lima serangkai. eheee.

tidur dekat bilik sakit. heh. buat macam rumah sendiri. super senior katenyewww. lol.

cikgu bagi template. kitorang lukis. tak. jieha, diya dengan intan je yang lukis. ctooq n me, buat tulisan.

jumaat. orang yang menjemput ni la yang sampai paling lambat eheee.. maaf maaf. start melukis lepas zuhur. petang pulak, ada orang kempunan nak makan pisang goreng. jalan punya jalan. kedai tutup T.T 

nampak la muka kecewa dia tu :p tak pe. lepas tu jalan pergi tasik Y. agak penat ye di situ. but it worth the sunny evening. tadaaaa !!!!!





"cik, nak abc yang ada aiskrim atasnya," begitulah order orang monyok tadi. adeh. tak boleh tahan tarik sengih. alolooo.. comel nye dia punye order. memang semua abc ada aiskrim laaa.. hehe. nasib baik makcik yang ambil order. kalau pakcik, kan dah jatuh saham huahuahua. sedap like seriously. tak kan tak sedap pulak dapat benda sejuk masa cuaca tengah panas kan.

malam nya pulak, ada ceramah sayang disyang. annual event asrama. siri 1. pn jam suruh jieha and me jadi pengacara. muka bercahaya eksited gituuu. tapi bila fikir balik.. hmm. kami bukan f5 lagi. ini kebetulan aja kami ada kat hostel. baik kami tolong latihkan junior, nanti cikgu boleh buat harta hehe



oh. the most interesting part masa ceramah ala-ala candle light dinner ni, penceramah banyak tekankan pasal minda. dia terangkan macam mana minda bawah sedar kita akan jadi lemah, bila kita menipu. subhanallah.

satu lagi. penceramah ajar banyak cara untuk cuba seimbangkan minda kanan dengan mindar kiri. 

contohnya : genggam tangan kanan dan kiri anda. dua2 menghadap anda. bila sebut kanan, ibu jari tangan kanan dan jari kelingking tangan kiri akan naik serentak. bila sebut kiri, jatuhkan jari2 yang tadi tu, naikkan jari kelingking tangan kanan dan ibu jari tangan kiri serentak. haaa.. faham tak? cuba buat ^^ 

we had supper. orang dewan makan baru! better alhamdulillah. rezeki adik2 tu dapat kemudahan yang lagi baguih.



nampak tak kegembiraan nampak makanan di situ :p

esoknya. sambung kelija. wah bagai pekerja buruh wanita yang bekerja di bawah panahan terik mentari okay hiperbola. haha. the funny part, bila awan tutup matahari kejap, lepas semua akan.. "alhamdulillah..fuhhh" dengan nada yang lega gila haha. tak sampai 30 saat, panas balik.

petang tu, dapat menunaikan hajat orang yang kempunan nak pisang goreng semalam. kedai depan bukak yeay! siap ada budak kecik nak mengurat lagi eheh.

malam nya, jalan2 kat blok B. sebab nak buat mural dekat bilik cik haslina. lalu depan PH. duduk-duduk katil PH. tengok siling PH. tengok locker PH. cehh. angau gitu. terbayang je suara kak echah jerit-jerit. lepastu kami semua gelak-gelak. a year ago :')

ni PH 2013 !




malam tu jugak, jadi tukang kikis cat dinding haha.




oh yeah. kami berlima :D



dan mereka yang sedang bertunkus lumus. ahah mereng kepala lol

conclusion. alhamdulillah, dapat rasa balik suasana asrama lepas 2 bulan lebih. katil paling best ialah katil depan pintu PH 2012. pun tak tau kenapa katil tu boleh lawan katil kat rumah :p

bismillah..

mungkin sebelum ni rasa dah banyak merepek. heh. sekarang pun masih merepek. sekarang pun masih mencari. cari. cari. cari. cari. dan cari. pencarian takkan berakhir. never end.

mungkin jugak rasa sekarang macam dah nak speak out. apa yang difaham, apa yang dibaca, dan apa yang dimusykilkan. eheh.

mungkin.

hi. i'm syahirah hamdan. 18 y/o. batu pahat, johor. tigsian salam ukhwah fillah (: