Saturday 30 March 2013

keluar

bismillah.

aku pernah cakap pasal benda ni. tapi nak cakap lagi.

kelmarin aku bilang kepadanya, aku rindu kerana sangat kurang berdiskusi dan bertanya itu ini. huh! sungguh sungguh sungguh tak sihat.

dan ini bukan rindu yang cheesy :)

dia bilang aku punya post pun sudah ke laut. something! *jeling.

parah. sumpah parah. sebab aku sendiri tak perasan apa yang aku post dah jadi semacam.

semacam ke? agak la. hehe.

mungkin pada aku, biasa aja. tapi pada dia dan komradnya, semua tu tak matang. dan ya, bila dibandingkan dengan mereka punya dinding, alahai, aku memang budak-budak. uhuk!

bila dah termasuk alias dimasukkan (wargh! sebenarnya aku malu gila! tak layak sobs sobs) dalam perkenalan macam ni, aku rasa kecik kecik kecik kecik sangat. walaupun sememangnya aku yang paling adik (aku rasalah sebab semua macam dah studi kat uni ) dan memang sangat wajar aku paling rasa kerdil dan kurang ilmu dan perlu mintak tunjuk ajar semua orang , tapi aku dah mula ghabra tak tau nak letak muka kat mana -.-' boo syira boo

bila dia kata aku dah semacam, aku mula fikir.

aku cuma share dan re-post dan like dan komen pada status atau gambar atau quotes daripada kawan-kawan, atau page yang aku follow, atau aku memang kalah pada emosi? heh.

kalau sumbernya kawan dan page yang aku follow, memang sah aku masih belum ada bawah langit terbuka. like je apa yang aku nak like. share je apa yang aku nak share -.-' komen je sesuka hati -.-'

ahah!

satu benda lagi, depa memang tak de nyelah nak buat status atau share atau kongsi link pasal berkaitan dengan cinta-islamik-ana-enta-kahwin-Tuhanjagakandia-doakandia memang tak de memang tak de. tak masuk silibus okay.

boooo diri sendiri. chooiii. please la. keluar dari benda-benda alah ni boleh? pleaseeee.

aku tak nafikan benda tu semua betul. maksud aku, yang cinta-islamik part tu. betul. sapa kata salah.

tapi, kita kan dah up sikit pemikiran dan kadar intelektual. jadi, mungkin kena lebih matang dalam bermuka buku? eheee. ada banyak lagi benda yang kena fikir, kena kaji, kena baca, kena tanya, kena diskusi. banyak!

aku sedang cuba. cari keretapi. dan cuba masuk ke gerabak sebanyak mungkin :D





Thursday 28 March 2013

..

yakin dan upaya seseorang tu berbeza. berbeza. berbeza. berbeza. berbeza. berbeza.

mungkin sebab jarang dapat aku yang 'macam ni'

jadi semua orang pun macam..

aku rasa dummy. sungguh.

sungguh. sungguh.

satu masa yakin diri macam gunung everest

dan kali ni, lagi bawah dari paras laut

korang kena faham, kay.

aku stress.

aku stress.

aku stress.


Thursday 21 March 2013

:)

bismillah.

antara hari paling bahagia. paling aku rasa gembira. syukur sangat sangat.

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah :')

walaupun result aku biasa-biasa aja, buat yeah. sangat puas hati. usaha kami berbaloi. KAMI : pelajar melayu 5 Bumi.

aku rasa wartawan berita harian tu datang sebab nak amik gambar Najwa Latif, tapi sebab orangnya tak datang, maka dia seret kami untuk difotografi. haha. tak memasal keluar kat berita harian online lol

untuk intan syaherah, hang memang terbaek la. tahniah. mabruk! aku bangga dengan hang :) teruskan usaha untuk jadi ahli farmasi yang berjaya. hang dah bukak bisnes nanti, jangan lupa aku na. hehe.

untul biela, takpe. perjalanan kita semua masih jauh. hang jangan dok sedih-sedih. nanti aku pun sedih gak.

untuk teha, hang jangan la nagis lagu tu. hang sampai jumpa aku ja tadi mata dah merah betoi. haha. aku yang speechess hang tau dak.

untuk 5 bumi, raja nisa aten atiq tiera pipa jaey iza ahrui onggie regine kaili wanqing wenqing wenshien wanheong huisin dorene jiaxin huihan michelle rachel penny ahteo agnes ahko jane haha lagi sape ntah, aku sayang hangpa semua. hangpa dah banyak tolong aku. kita study sama-sama, kumpul dan print out soalan perubaan satu malaysia, alhamdulillah. semuanya dapat result cemerlang.

ini semua ujian. baik dan buruk, semuanya ujian. untuk yang keputusan cemerlang, kena terus maintain. ujian hati, sangat payah. jangan riak. jangan bangga.

lepas ni, semua orang kena mula dari bawah balik. dari-bawah-balik. tak da beza pun dapat semua A atau tak.

aku sayang hangpa semua. tenkiu so much, pasai hangpa semua dah jadikan penamat zaman sekolah aku, sebagai penamat yang bahagia.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah :')


Friday 15 March 2013

kakak

bismillah.

pagi sabtu yang indah. baru semalam berbual panjang dengan kakak bijak. panjang yang membahagiakan. terlalu banyak yang kakak pemurah itu kongsikan.

eheh. dan aku terasa sangat kecil dan kerdil :')

kakak yang baik hati itu juga yang memperkenalkan banyak benda kepada diri yang serba tidak tahu ini. dia yang memperkanalkan WISE, CILE, bacaan prof. syed mohammad naquib al-attas, ustaz hasrizal, coursera, dan ah, sangat banyak !

sungguh, nikmat Tuhan manakah lagi yang ingin aku dustakan? :')

kakak yang matang itu juga yang risau dengan jariahnya, andai esok lusa dia dijemput menghadap Ilahi.

kakak yang luas ilmu itu yang akan menyangkal idea dan hujah 'tidak berasas' adindanya yang kritikal ini. aha. orang pertama yang memanggil aku dengan gelaran kritikal. amin !

oh. kakak yang comel! juga sukakan kartun beauty and the beast. sudah mengkhatami Shrek. hoho.

dan ya, kami berkongsi sakit yang sama. cuma dia tidak perlu dioperasi kerana kurang 20 darjah. ini bahagian paling teruja kerana tidak sangka !

ingin sekali ketemu kekanda istimewa ini. mudah-mudahan. tapi, ya, pasti aku speechless. ehehe.

bersyukurlah. tidak semua orang dicampakkan dengan rasa sebegini rupa. bersyukurlah :')

Monday 4 March 2013

saya bangga jadi pelajar sekolah perempuan :)

bismillah.

first and foremost, saya, dan kawan-kawan saya, adalah pelajar sekolah menengah kebangsaan (p) temenggong ibrahim, batu pahat, johor, or cutely and famously named TIGS :)

masa sekolah rendah dulu, aku tak terfikir pun nak sekolah perempuan ke, sekolah lelaki ke (huh?) bagai. dalam kepala hotak masa tu, SBP-MRSM-SBP-MRSM -.-'' betapa ceteknya pemikiran aku dahulu kala haha

mungkin salah satu faktor, sebab abang aku dulu sekolah kat kluang lah kot. jadi dunia dan pemikiran aku kat situ aje lah, ekeke. surprisingly, aku tak dapat mana2 offer pun. langsung. mrsm pun tak. masa tu hati berkecai retak seribu wa cakap lu. dapat sekolah kawalan aliran sains pun, dapat dekat syed esa. huh?

okay. apa-apa ajelah. entah macam mana, dapat tawaran untuk ke tigs. rezeki aku lah masa tu, dapat duduk asrama, setelah ada sistem barter yang terjadi huhu. dan bermulalah kehidupan aku kat asputigs.

sepanjang menengah rendah, aku memang pasang azam dengan cita-cita tinggi-tinggi. aku nak aktif koko. aku nak belajar pandai-pandai. aku nak kalahkan budak cina. suprisingly, i made it. alhamdulillah. aku buat semua tu, sebab aku nak dapatkan offer pegi mrsm ataupun sbp. surprisingly, sekali lagi aku tak dapat.

masa tu hati nak berkecai pun tak berkecai sangat la. sebab memang ada date (ceh, date!) dengan doktor nak betulkan tulang belakang ni ha. i was like, okay fine, takpelah. dah takde rezeki, nak buat macam mana.

indeed, sepanjang aku lima tahun duduk kat tigs, aku sentiasa, mind the word-SENTIASA, rasa rendah diri bila berhadapan dengan budak dari boarding school. adehh, cetek sungguh pemikiran wa.

HIKMAH

bila dah nak habis sekolah, masa form four kot, kami dah mula keluar sikit-sikit dari kepompong jahiliyah hehe. tapi bab nak pi surau tu memang liat lah haish aku pun tak tau kenapa.

bila fikir-fikir balik. we are chosen. yes. we are chosen.

kenapa?

sungguh la, sekolah lima tahun dekat sekolah perempuan, yang tak ada budak lelaki, kalau nampak lelaki masa pertandingan macam nampak fatih seferagic, duduk dekat asrama, balik dua minggu sekali, kawan-kawan keliling SEMUAAA perempuan. perempuan. perempuan. perempuan.

tau apa?

itu semua buatkan ramai dari kami yang awkward dengan lelaki. sungguh. tak tipu.

nak cakap dengan lelaki pun terpusing-pusing. tapi kalau ada urusan penting, kena jugak cakap, kang dorang cakap budak tigs gedik -.-''

kalau ada kawan lelaki, banyak pun kawan sekolah rendah, yang aku sendiri terpusing-pusing nak cakap. takpun jumpa masa pertandingan. dah. tu je.

less friends? haaahaaa. TIDAK SAMA SEKALI

heyyy,,, kan Allah kasi kita semua peluang untuk jaga IKHTILAT. ikhtilat hang tau dak? pergaulan antara lelaki dengan perempuan.

tak ada campur-campur. tak ada nak bertepuk tampar sana sini. tak ada nak gelak terburai dengan lelaki. tak ada. semua benda tu tak jadi common thing dalam hidup sekolah menengah aku.

boleh elakkan zina mata, zina hati. paling penting, memang tak lah kat kelas tu tak dapat fokus sebab tengok pakwe depan mata. aku tak fokus sebab ngantuk je kehkeh

Allah.. sungguh aku bersyukur. sangat-sangat. alhamdulillah :)

sekurang-kurangnya, masa senggang macam sekarang ni, tak ada alasan untuk aku berhubung dengan kawan2 lelaki. sape je kot? haha, kalau ada memang dah siap bagi warning awal2. ngeee~

ikhtilat. memang susah nak dijaga. tapi kita kena cuba. dan perlu cuba.

oh ye, jangan culture shock sudah lah ye.

nauzubillah. mintak2 dijauhkan.

helped

helped my  mother's students.

on pengucapan awam.

and they were boys.

BOYS.

aisehhh

it has been five years kot, nak bercakap dengan lelaki pun terpusing-pusing ekeke.

inikan pulak nak mengajar mengekspresikan cara.

adeehhhh, and i did it. alhamdulillah.

though the boys themselves can't do much -.-'

nvm lahhh.. i takut culture shock sebenarnyaaa hahaa

6th of march. tunku putra.

jyeah youhhh boys :D

Sunday 3 March 2013

fikir

aku fikir macam ni,

fikir aja ok.

aku nak terus buat apa yang aku suka.

terus buat.

tapi kena cari tapak, yang kukuh dan pasti (dengan izin Allah)

dan, kalau nak cari tapak dengan apa yang aku minat,

rasanya dah kurang masa untuk buat apa yang aku suka.

mungkin,

ikut abang, walaupun dalam subjek yang kurang minat.

kalau gegas siapkan tugas itu dan ini,

rasanya ada banyak masa untuk buat apa yang aku suka.

huh.

minat dan suka, berbeza tak?

semuanya ketentuan Allah

Allahu yusahhil :)