Friday 28 June 2013

:3

waktu sangat padat. sangat sangat padat. aku yang tidak bijak mengurus masa, atau memang keletihan itu yang buatkan aku seperti hilang separuh nyawa? entahlah.

aku memang jenis yang lambat. dan ya, kadang rasa nak menangis tu hanya tak terluah.

mungkin semalam agak kecewa. sebab aku terlalu mengharap barangkali. aku fikir dia beza. sebenarnya sama. my bad. peribadi seseorang terlalu personal. dan aku tak boleh judgemental, walaupun dia sendiri bijak menilai orang. mungkin. dan persoalan yang asma  regarding, 'how ''they'' treat us?' terus timbul. mungkin ya, mungkin tidak. tapi aku nampak cara yang berbeza daripada corak pergaulan yang tak sama. lain.

kenapa aku mengeluh? :')

Thursday 20 June 2013

4th week

dalam bulatan berkembar kelas cik Francis, kepada ketiga-tiganya aku bilang belajar prioriti kedua. yang pertama, aku ingin bina dan cari diri sendiri, atau sekurangnya, perbaiki apa yang sudah ada. kepada ketiga-tiganya aku bilang. entah kenapa.

dan itu satu kelas yang aku kira sangat melegakan. amat. luar dari tutorial dan kuliah yang sangat renyah.

dalam bulatan kecil, cik Francis bilang, semakin kita mengenal orang, semakin kita mengenal diri. butir bicara itu yang menyedarkan kita untuk berpijak di bumi yang nyata. diri ini tidak selamanya selesa. dan ya, kami perlu, perlu dan perlu keluar dari zon selesa.

berbekalkan bacaan sendiri dan sangat kurang berdiskusi sebelum ini, sungguh, berada di sini, menjadikan aku mengenal tingginya langit. membaca untuk kefahaman sendiri, sangat tidak memuaskan. melainkan dapat disebarkan atau sekurangnya, didiskusikan. aku sedang keluar dari zon selesa. sedang. mencari lebih ramai yang bisa membuat aku rasa jauh dan jauh dari zon selesa. dan mungkin juga, kerana ini, tadi pagi agak kecewa. heh.

kami diingatkan lagi dengan pesan kakak bijak di tingkat 8 tadi, jangan jadikan tekanan studi tekanan utama. kalau tidak, kekecewaan tidak cemerlang itu akan menjadi kesedihan mega.

"cari diri, ini shifting process yang bakal menjadi satu pemaknaan pada jiwa,"

sungguh, aku sedang mencarinya. dari semuanya.

moga diredhai. moga diberi kesempatan.

Wednesday 12 June 2013

serasa titik pencarian yang ingin dituju tak ketemu jua. mungkin salah sendiri yang melompat beberapa fasa, tanpa membina rangka yang kuat dari dalam. mungkin.

tapi kata sahabat yang bijak dan baik hati, kerangkan yang baik bukan disebabkan buku teks di sekolah atau pelajar agama yang dikeliling bi'ah solehah, tapi, macam mana kita faham skop dan kerangkan islam itu sendiri.

hembus nafas. 

aku rasa aku mahu contribute pada masyarakat, aku kononnya cakap aku mahu bersama-sama mengubah persepi rakan-rakan sekeliling. tapi aku membaca untuk aku. sedangkan hidup ini bukan untuk aku seorang.

tak tahu mengapa, tapi menjadi satu kepelikan kepada diri aku sendiri apabila aku berangan mahu mengubah cara pemikiran rakan sekeliling, walhal aku sendiri masih jahil dalam banyak perkara, terutama berkaitan agama. its just weird. really. 

mungkin sebab pembacaan yang tidak konsisten sedari awal dulu, dan kesedaran tentang pentingnya ilmu agama lambat hadir. mungkin. entahlah.

mungkin aku perlu bangkit dalam kedua-duanya ; pemikiran dan agama ; serentak. biar tidak kecundang. biar tidak ketinggalan. biar apa yang difikirkan dan dipandang ini adalah satu pandangan universal yang masih dalam kerangka islam. biar aku mampu memperbaiki penyampaian. biar aku punya ilmu bukan untuk diriku sendiri. biar aku berkongsi hidup ini dengan orang lain. biar.

biar aku punya pembacaan yang lebih luas, luas, luas dan luas.

biar aku punya cara berfikir yang lebih kritikal.   

agar kekusustan dan kelemasan ini, mampu kami tebas dan kami cantas, bersama, dalam pencarian dan perjuangan yang tidak pernah mati.

doakan. 


Monday 10 June 2013

..

aku bilang mencari, tapi dia kata, ' kita tak perlu mencari sebab kita dah dapat apa yang kita cari. kita nak mendalami,' *dialek johor : kita = saya*

mencari dan mendalami, mungkin kedua-duanya?

tapi aku secara peribadi, merasakan bahawa pencarian itu tidak pernah mati. tidak akan. dan mendalami, bila kita sudah yakin dengan apa yang kita cari.

tak, bukan aku tidak yakin, kerangkan ad deen pastinya. cumanya, nilai ad deen itu yang perlu dicari. nilai yang dikecualikan jenama dan siapa yang mencetuskan. nilai ad deen yang yang 'ahli'nya sendiri tidak mengamalkannya. salahkah andai mencedok nilai dan dimasukkan ke kerangka? 

membentuk masyarakat ideal, falsafah.

entahlah. 

Wednesday 5 June 2013

awak

berada di sini, di bumi ini, sungguh, tidak terjangkakan.

dan awak, ya, awak, andai awak membaca ini, saya juga sama seperti awak. berada di bumi ini, kehadiran awak adalah rahmat terbesar saya. penantian yang akhirnya berbalas dengan kehadiran sister in deen semantap awak. 

benar kata kakak bijak dan baik hati, ''sampai di sana nanti, akan ada kawan yang sama mahu belajar berkritikal dengan kamu, '' 

saya yang masih mahu belajar. awak sudah mantap. sungguh! :)

buat kakak yang dirindui, andai lemas, saya doakan kakak akan bangkit. terlalu banyak keretapi yang perlu saya teroka gerabaknya. saya masih mahu dipimpin, terus digenggam erat tangan yang hangat. 





selingan 1.50 pagi
pasum, 2013