Thursday 18 September 2014

..

Bismillah.

3 minggu di sini.

Masih tasik yang sama. Bangku yang serupa. Cuma mungkin, jalan yang diatur Tuhan berbeza-beza, yang aku percaya terbaik untuk aku dan kalian. Tak apalah. Sekurangnya jadi sebab untuk aku senyum sorang-sorang.

Aku harap kalian membesar dengan baik di sana. Membesar, as in 'membesar'. Sebab aku pun, sedang cuba untuk cari peluang dan bina kematangan.

Douh. Take care, babes.




Sunday 22 June 2014

..

Bismillah.

Tiba-tiba ter-rajin. Tak sengaja rajin.

Makin besar makin faham tentang kehidupan. mungkin tidak dalam konteks sebenar. Entah. Aku memang mentah. Sekurang-kurangnya, diri sendiri.

Dan makin faham juga, dalam apa jua tindakan pun, yang penting bermanfaat untuk orang lain. Sebab hidup bukan untuk kau seorang. Kalau sisi peribadi, silakan berkongsi. Walau cuma peribadi, tapi mungkin akan ter-ketuk hati-hati yang tak sengaja terinspirasi. Terpulang. Pilihan.

Sebab aku rasa, hidup ni bukan untuk aku seorang, maka, entah, ada satu rasa yang buat aku define 'mengada-ngada' dan letak garis aku sendiri. Yang orang lain mungkin takkan setuju. Yang, kalau kau letak pun, kau mungkin akan kurang peratus untuk mengispirasikan kehidupan. Kehidupan. Hidup.

Kehidupan yang aku letak garis dan definisi sendiri.

Sebab, hidup ini bukan untuk aku sorang.

****

Tapi, sedang cuba pujuk diri sendiri. Yang pemaknaan kehidupan orang beza-beza. Kalau kau tak terinspirasi, mungkin orang lain sangat terketuk-ketuk.

Sebab hidup ni bukan untuk aku sorang.

Stop being selfish, dear me.

Friday 1 November 2013

masa dan siapa

selalunya aku akan keliru, tentang kerangka masa, dan siapa dulu.

dalam sibuk mulut celoteh melayan hati yang tidak puas dalam pendeknya cuti, terlalu banyak yang perlu kuiisi.

andai semuanya bisa kucatat dan hadam, ya Tuhan, sungguh, dengan izinMu, pasti terlalu banyak perkara yang berselirat bakal terungkai.

moga-moga. 

Thursday 31 October 2013

..

sangat sangat lama.

terperangkap dengan diri sendiri di sana. dengan diri sendiri, jujur aku katakan. mungkin rasa inferior yang terlalu, sehingga kadang, sungguh tak mampu nak keluar dari kepompong sendiri, yang simen dan batanya, dicipta juga oleh diri sendiri. sakit.

entah ke mana mahu dihalakan tujuan. sampai saat ini, masih kabur. cuma, dalam tiap langkah, jauh, aku ingingkan yang terbaik. sekurang-kurangnya, rekod tanpa kalah selama ini, ingin kuteruskan, walau sekarang, hampir separuh kumusnahkan. pedih.

lima minit yang berkualiti setiap hari pun tidak mampu aku wujudkan. parah!

mungkin stigma masyarakat atau apa, adakah pencapaian seseorang dalam satu komuniti itu yang menjadi kayu ukur, sejauh mana kata dan ideanya boleh diguna pakai? mungkin, ego aku-lebih-baik dalam menelaah menjadikan nasihat baik daripada orang yang kurang baik dalam menelaah dipandang sepi. mungkinkah? atau cuma aku ?

kalau ya, mungkin itu yang perlu kuhalakan.

jangan pernah berhenti mengharap rahmat Tuhan.

Friday 23 August 2013

..

Bismillah.

kadang-kadang, dan selalu juga, dalam hati ni, selalu tertanya-tanya, 'kenapa orang lain usaha sikit, dapat banyak. tapi aku? usaha gila babas (bak kata dr fakhrul) pun masih kat takuk lama je,"

selalu. selalu sangat.

dan dah banyak juga orang yang dengar rambling aku pasal ni.

alhamdulillah. walaupun aku rasa sukar, walaupun aku rasa macam akulah budak pasum paling weak kat sini, orang2 keliling sentiasa cuba nak beri solusi. cuba untuk bantu. tak berhenti doakan dan bagi semangat. walaupun aku masih macam ni. alhamdulillah :')

dan berada kat sini, sebenarnya, memang beri cabaran, obviously pada mental. nak studi nak cover banyak sangat topik sebab asasi um je yang belajar dua basic sekaligus.

satu lagi. yang in fact, sangat besar.

masalah hati. iman. ikhtilat.

nampak kuat, tapi sebenarnya masih rapuh. sangat rapuh.

masih belum nampak kat mana boundary yang patut diletakkan. mungkin sebab baru aja beberapa bulan masuk dunia baru. tak nak nampak terlalu awkward. dan tak nak nampak terlalu mesra. masih belajar.

any tips?

Saturday 3 August 2013

sekali lagi

sekali lagi. sentap.

sebab beradanya aku kat sini pada mulanya bukan sebab kehendak hati.

bila dengar orang lain dapat benda yang aku tak dapat sebab bukan kehendak aku tu,

rasa macam, fuhhhhhhhhhhhhh.

kenapa?

*sigh*