Monday 6 May 2013

...

Bismillah. Morning :)

Baru mengahabiskan pembacaan essay pertama dalam Knowledge, Language, Thought and the Civilisation of Islam ( Essays in Honour of Syed Muhammad Naquib al-Attas ). Baru esei pertama ! -_- Tengok la tebal dia, huhu,  kena konsisten baca satu esei ke satu esei !

Esei pertama oleh Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud bertajuk 'Al Attas : A Real Reformer and Thinker', penceritaan serba ringkas sejarah kehidupan dan pemikiran falsafah ulung dunia ini.

Saya, melalui pembacaan beberapa makalah dan buku yang sangat sedikit (ya, sangat!) dan buku ini, secara personal sangat terkesan apabila beliau berbicara soal Adab.

Adab dengan manusia, adab dengan Tuhan, adab dengan masyarakat, adab dengan bahasa juga!

Konsep freedom yang selalu diwar-warkan oleh orang Barat dan dicedok oleh orang Malaysia, sangat kontradik dengan konsep freedom yang dianjurkan Islam. Freedom Barat ; seperti yang diketahui sangat menekankan nilai 'haiwan' dalam diri ; bebas, malahan, sangat bebas ; tiada had dan pada saya, seolah-olah hidup di dunia ini selamanya.

Sedangkan dalam Islam menyatakan bahawa freedom yang sebenar adalah bilamana kerohanian kita dapat melawan sifat 'haiwan' diri sendiri. Sebagai contoh, dalam urusan jual beli pun, sebenarnya kita berjual beli dengan diri sendiri ; dalaman. Adakah jiwa rohani kita mahu kalah dan rugi dengan 'haiwan', atau kita free daripada cengkaman nilai 'haiwan' itu. Freedom.

Bagaimana kekeliruan dalam ilmu (kekeliruan lagi payah, parah malah berbahaya daripada kejahilan !), akan membawa kepada kehilangan adab, terus pada kelahiran pemimpin yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allahu, bagaimana mahu melahirkan insan adabi ? :'(

Dan semalam, saya berbicara dengan kekanda yang sedang dilemma. Entahkan mahu meneruskan pengajian di tempat yang sama dengan saya, atau ingin terus kekal di sana.

Saya terkesan, kerana dia sudah lebih sekali berbicara dan meluahkan resah gundah, bagaimana nanti jika dia dijemput Ilahi, adakah ada sumbangannya untuk meninggalkan hati-hati yang terhidupkan? Dan lagi, dia gusar, adakah mampu menjadi 'ahli', dengan wang rakyat yang ditajanya jika dia kekal di sana. Dia mahu menjadi ahli. Atau ke tempat baru, guna wang sendiri, dan menjadi ahli. Jujurnya, saya juga, ya, mahu!

Patah balik. Recycle. Back to ummah. Sejauh mana kita boleh menyumbang semula kepada masyarakat.

''Ilmu wahyu adalah lebih diangkat  daripada intelektual. Fardhu ain lebih utama daripada farfhu kifayah. Orang yang memberi hidayah adalah lebih baik daripada kegunaan amali,"

Jom, usaha untuk 'berbalik' pada ummah!



No comments:

Post a Comment