Thursday 20 June 2013

4th week

dalam bulatan berkembar kelas cik Francis, kepada ketiga-tiganya aku bilang belajar prioriti kedua. yang pertama, aku ingin bina dan cari diri sendiri, atau sekurangnya, perbaiki apa yang sudah ada. kepada ketiga-tiganya aku bilang. entah kenapa.

dan itu satu kelas yang aku kira sangat melegakan. amat. luar dari tutorial dan kuliah yang sangat renyah.

dalam bulatan kecil, cik Francis bilang, semakin kita mengenal orang, semakin kita mengenal diri. butir bicara itu yang menyedarkan kita untuk berpijak di bumi yang nyata. diri ini tidak selamanya selesa. dan ya, kami perlu, perlu dan perlu keluar dari zon selesa.

berbekalkan bacaan sendiri dan sangat kurang berdiskusi sebelum ini, sungguh, berada di sini, menjadikan aku mengenal tingginya langit. membaca untuk kefahaman sendiri, sangat tidak memuaskan. melainkan dapat disebarkan atau sekurangnya, didiskusikan. aku sedang keluar dari zon selesa. sedang. mencari lebih ramai yang bisa membuat aku rasa jauh dan jauh dari zon selesa. dan mungkin juga, kerana ini, tadi pagi agak kecewa. heh.

kami diingatkan lagi dengan pesan kakak bijak di tingkat 8 tadi, jangan jadikan tekanan studi tekanan utama. kalau tidak, kekecewaan tidak cemerlang itu akan menjadi kesedihan mega.

"cari diri, ini shifting process yang bakal menjadi satu pemaknaan pada jiwa,"

sungguh, aku sedang mencarinya. dari semuanya.

moga diredhai. moga diberi kesempatan.

No comments:

Post a Comment