Friday 15 March 2013

kakak

bismillah.

pagi sabtu yang indah. baru semalam berbual panjang dengan kakak bijak. panjang yang membahagiakan. terlalu banyak yang kakak pemurah itu kongsikan.

eheh. dan aku terasa sangat kecil dan kerdil :')

kakak yang baik hati itu juga yang memperkenalkan banyak benda kepada diri yang serba tidak tahu ini. dia yang memperkanalkan WISE, CILE, bacaan prof. syed mohammad naquib al-attas, ustaz hasrizal, coursera, dan ah, sangat banyak !

sungguh, nikmat Tuhan manakah lagi yang ingin aku dustakan? :')

kakak yang matang itu juga yang risau dengan jariahnya, andai esok lusa dia dijemput menghadap Ilahi.

kakak yang luas ilmu itu yang akan menyangkal idea dan hujah 'tidak berasas' adindanya yang kritikal ini. aha. orang pertama yang memanggil aku dengan gelaran kritikal. amin !

oh. kakak yang comel! juga sukakan kartun beauty and the beast. sudah mengkhatami Shrek. hoho.

dan ya, kami berkongsi sakit yang sama. cuma dia tidak perlu dioperasi kerana kurang 20 darjah. ini bahagian paling teruja kerana tidak sangka !

ingin sekali ketemu kekanda istimewa ini. mudah-mudahan. tapi, ya, pasti aku speechless. ehehe.

bersyukurlah. tidak semua orang dicampakkan dengan rasa sebegini rupa. bersyukurlah :')

2 comments:

  1. Nice post. Ini ke kakak yang awak nak jumpa kat Negeri Sembilan tu? :D

    ReplyDelete
  2. anisya, yup, this is the one :)

    ReplyDelete