Saturday 30 March 2013

keluar

bismillah.

aku pernah cakap pasal benda ni. tapi nak cakap lagi.

kelmarin aku bilang kepadanya, aku rindu kerana sangat kurang berdiskusi dan bertanya itu ini. huh! sungguh sungguh sungguh tak sihat.

dan ini bukan rindu yang cheesy :)

dia bilang aku punya post pun sudah ke laut. something! *jeling.

parah. sumpah parah. sebab aku sendiri tak perasan apa yang aku post dah jadi semacam.

semacam ke? agak la. hehe.

mungkin pada aku, biasa aja. tapi pada dia dan komradnya, semua tu tak matang. dan ya, bila dibandingkan dengan mereka punya dinding, alahai, aku memang budak-budak. uhuk!

bila dah termasuk alias dimasukkan (wargh! sebenarnya aku malu gila! tak layak sobs sobs) dalam perkenalan macam ni, aku rasa kecik kecik kecik kecik sangat. walaupun sememangnya aku yang paling adik (aku rasalah sebab semua macam dah studi kat uni ) dan memang sangat wajar aku paling rasa kerdil dan kurang ilmu dan perlu mintak tunjuk ajar semua orang , tapi aku dah mula ghabra tak tau nak letak muka kat mana -.-' boo syira boo

bila dia kata aku dah semacam, aku mula fikir.

aku cuma share dan re-post dan like dan komen pada status atau gambar atau quotes daripada kawan-kawan, atau page yang aku follow, atau aku memang kalah pada emosi? heh.

kalau sumbernya kawan dan page yang aku follow, memang sah aku masih belum ada bawah langit terbuka. like je apa yang aku nak like. share je apa yang aku nak share -.-' komen je sesuka hati -.-'

ahah!

satu benda lagi, depa memang tak de nyelah nak buat status atau share atau kongsi link pasal berkaitan dengan cinta-islamik-ana-enta-kahwin-Tuhanjagakandia-doakandia memang tak de memang tak de. tak masuk silibus okay.

boooo diri sendiri. chooiii. please la. keluar dari benda-benda alah ni boleh? pleaseeee.

aku tak nafikan benda tu semua betul. maksud aku, yang cinta-islamik part tu. betul. sapa kata salah.

tapi, kita kan dah up sikit pemikiran dan kadar intelektual. jadi, mungkin kena lebih matang dalam bermuka buku? eheee. ada banyak lagi benda yang kena fikir, kena kaji, kena baca, kena tanya, kena diskusi. banyak!

aku sedang cuba. cari keretapi. dan cuba masuk ke gerabak sebanyak mungkin :D





No comments:

Post a Comment