Tuesday 5 February 2013

syiera dhiera, nah !!

bismillah.

haaa.. iera. ni aku tulih kat sini. malas nak inbox hang kat fb. hang suruh aku habaq apa yang aku bincang sikit ngan kak madeeha kan? haaa. aku bincang pasal pluralisme dengan liberalisme sikit. aku nak habaq banyak2 pun, ilmu masih takat buku lali lagi. so, ini ajalah yang aku boleh citer kat kau ye ^^




okay cenggini. pluralisme dengan liberalisme ni kira satu kroni la. dua-dua humanisme. humanisme ni ape? hee. macam satu fahaman yang dibuat oleh manusia. ikut logik akal. kalau akal dia rasa betul, betul lah. kalau akal dia tak berkenan dengan satu benda tu, dia tolak. bebas. liberal.

kalau pluralisme ni kan iera, ada banyak. contoh, pluralisme sosial. kalau pluralisme sosial ni, macam kita ni lah sekarang. toleransi. hormat agama orang lain. apa yang kita practice dekat sekolah dengan hidup sehari-hari.

tapi apa yang jadi isu sikit .. bukan isu sikit, isu BANYAK, ialah pluralisme agama.

yang aku cakap awal awal tadi, pluralisme ni bebas, kan? so kalau pluralisme agama, kebebasan dalam agama. orang yang bawak fahaman pluralisme ni kan iera, dia suka hati je nak cakap, semua agama tu benar. semua agama boleh bawa manusia ke jalan yang betul, ke syurga. agama islam betul, yahudi betul, kristian pun betul. walhal kita semua tau kan, setiap orang mesti percaya yang agama dia aja yang betul. macam kita, kita sangat percaya islam adalah agama yang betul dan agama yang diredhai Allah.

ada jugak fahaman liberalisme ni, dia cakap, kebenaran tu berpecah-pecah. maksudnya, dalam agama islam ada kebenaran sikit. dalam agama yahudi, ada kebenaran sikit. dalam agama kristian ada kebenaran sikit. dan banyak lagi kebenaran yang dicedok sikit sikit dari pelbagai agama.

jadi, diorang akan ambil 'kebenaran' tu semua, gabung, jadikan satu agama yang baru. 'kebenaran' yang dorang cedok tu, adalah point atau pun law yang dorang rasa senang, mudah, logik dan boleh diterima akal. jadi agama baru dorang tu akan berpandukan pada logik akal. kalau dorang fikir satu benda tu macam tak boleh nak dicapai akal, dorang tolak.

eh iera, mu faham tak apa yang aku cuba nak cakap ni? heee. cakap memang berbelit douh.

then, liberalisme pulak, lebih kurang sama je. cumanya, orang selalu kaitkan dengan kebebasan seseorang untuk beragama. hari nak jadi islam, jadi la islam. esok lusa nampak kristian macam best, jadi penganut kristian pulak. nauzubillahi min zalik. macam tu lah. sebab dorang fikir, agama tu kan bebas.

ada jugak yang kaitkan dengan ayat alQuran yang "tiada paksaan dalam beragama" tu kan. suka suka je nak tafsir alQuran ikut logik. tiada paksaan dalam beragama tu merujuk kepada non-muslim. tak ada paksaan untuk non-muslim untuk join islam.

in fact, masa zaman pembukaan kota mekah pun, nabi Muhammad bagi choice kat orang2 Mekah, untuk mendalami islam dalam masa 4 bulan. lepas tempoh tu, mereka semua diberi pilihan. sama ada nak peluk agama Islam, atau tinggalkan Mekah. tak ada paksaan.

tapi ayat tu dah disalah tafsirkan oleh orang yang suka fikir ikut logik sangat. once kita dah islam, nak tak nak kita KENA amalkan islam dengan menyeluruh. from head to toe. dari bangun tidur sampai la nak tidur balik.

kata ukhti lagi, islam memang bagi kita kebebasan. semua orang pun ada hak asasi dan kebebasan. tapi yang special dalam islam, kebebasan kita tu semuanya ada HAD. kita bebas buat apa sahaja asalkan tak melanggar syariat, akidah dan hukum hakam agama. kalau kita rasa secara logiknya benda tu baik dan betul then go on. teruskna. janji tak langgar hukum agama islam.

sekarang ni kan iera, benda ni sebenarnya dah jadi isu besar dalam masyarakat. cuma cakna tak cakna je la dengan isu macam ni. sebab nya, banyak remaja sekarang yang lagi suka dengan hiburan dengan artis. namanya, hedonisme, budaya yang sangat-sangat pada hiburan.



tak ramai yang nak ambil tahu benda-benda macam ni, especially remaja. so nye, kita kena la ambil tahu sikit-sikit pasal isu ni. just in case. cabaran masa hadapan dan dunia luar, kita tak tau lagi kan? jarum pluralisme ni sangat halus. sangat sangat halus. sebab pluralisme ni boleh meracuni fikiran umat Islam zaman sekarang dalam sekelip mata je. sama ada kita sedar, atau pun kita tak sedar.

aku ada baca jugak, jarum-jarum halus macam ni, sangat licik tau. memang sengaja je nak rosakkan akidah umat Islam, terutamanya remaja macam kita ni.

untuk yang tak berapa nak cemerlang dalam akademik, tak berapa suka berfikir, diorang akan cucuk jarum hedonisme. berhibur. artis. berhibur. artis. sampai leka.

untuk orang yang suka berfikir pulak, diorang akan gunakan konsep pluralisme-liberalisme ni lah. konon konon kalau kita pandai, mesti lah kita dapat fikir secara logik. semua benda sepatutnya boleh diterima akal, dan boleh dicerna dengan pancaindera. nauzubillah hi min zalik.

pasal isu ni, aku cuba fahamkan buku tuhan manusia, karya faisal tehrani. untuk pengatahuan kau, ramai orang cakap dia syiah. allahualam. boleh baca buku dia in shaa Allah. cuma kita kena pandai ekstrak mana yang betul, mana yang salah. oh btw, buku ni di-suggestkan oleh kak adilla dengan saudara hazman yang dekat manchester tu huahuahua. bak kata kak adilla dalam video dia kat uni terbukan anak muda "tak delah lepas saya baca buku FT saya terus nak jadi syiah" haha. yang penting, kita kena pandai pilih maklumat. moga-moga kita semua terus terpelihara daripada pemesongan akidah sentiasa berada di jalan yang betul. allahualam.






so, iera. ni aje lah yang aku faham dan aku baca setakat ni. as i said, aku nak habaq banyak-banyak, ilmu masih takat buku lali. entah-entah tak sampai pun. kalau ada salah fakta, tolong betulkan ya. takut-takut terbawak fahaman yang salah pulak.

Allahualam.

No comments:

Post a Comment