Tuesday 12 February 2013

perlu

bismillah.

mood skema hari ini. senyum.

hampir 2 bulan sejak perasaan nak patahkan pensel lepas subjek akaun kertas 2. fuhh. lega memang tak boleh tipu. orang kata 28 februari. atau mungkin pertengahan mac. Allahualam. awal? sebab nak pru. pru? heh.

kata kak madeeha, masa cuti ni memang kena manfaatkan sebaik baiknya. sama ada akan tersasar jauh, atau boleh dapat banyak benda. istiqamah. cuba perbaiki diri. semuanya berbalik pada iman dan takwa.

dan aku rasa, ya. sampai saat ni, aku rasa aku dah belajar banyak benda. perkara yang sebelum ni aku rasa aku tak nak ambil pusing sebab rasa loya, aku rasa aku suka, perlu dan mesti ambil tahu.

aku rasa aku kenal ramai orang baru. aku rasa aku lebih ramai kenalan. baik lelaki mahupun perempuan. tak. aku tak pernah jumpa pun mereka. banyak yang aku jumpa, bila terpaut-paut namanya dalam profil orang lain. orang yang sama fikrah, atau mungkin juga berbeza. orang yang sangat penuh dengan perjuangan. padat dengan misi. dan terlalu mampat dengan pemikiran, idea, falsafah, dan pandangan.

ramai. sangat ramai.

dari negara obama, sampai salji mancehester, u-turn ke timur tengah, dan baru baru ni, patah balik ke tanah tumpah bumi malaysia. Allahuakbar. tak. mereka tak kenal aku. cuma yang di Malaysia baru baru ni, ada bertegur sapa dalam muka buku. ahaaa. aku sangat gembira. sungguh sungguh.



kenal mereka. walaupun cuma pembacaan di muka buku dan blog, sungguh sungguh buat aku rasa kerdil. kerdil kuasa 10000 atau lebih. heh. betapa selama ni aku langsung tak ambil tahu isu semasa. betapa selama ni aku rasa macam orang yang tak berfikir. betapa selama ni aku rasa macam aku ni langsung tak guna, sebab terlalu fokus dalam komitmen aku saja, sampai tak cakna langsung dengan dunia luar. sungguh. betapa, dan betapa yang sangat bermacam-macam. betapa aku kurang sedar, yang dunia sekarang tengah sangat rencam. heh. betapa banyak sangat laman dan artikel yang aku perlu baca, teliti dan cover semuanya, semampu yang mungkin.

itu tak termasuk lagi dengan ilmu ilmuwan islam. aku rasa aku nobody.

*aku cuba nak sampaikan dengan cara paling umum dan penuh hati hati*


tarik nafas. hembus. tarik. hembus.

aku boleh kategorikan, mereka yang aku kenal, ada dua persepsi (atau 3? ). atau lebih tepat pada pendirian. masih, semuanya aku cuba terokai, dan fahami.

satu. kak madeeha yang perkenalkan. yang pertama-tama aku kenal. alhamdulillah. aku dapat hadam dan cerna. kak madeeha ada jugak explain serba sedikit masa usrah foos court hari tu. alhamdulillah.

tapi bila baca mereka punya pandangan, aku mula berfikir dan berfikir lebih lagi. mula aku kenal diorang, makin bertimpa aku punya 'betapa' dan rasa kerdil dalam otak. yang ini, lebih universal. dari isu semasa, perbahasan, politik, agama, sampai ke statistik. sungguh aku rasa kerdil.

aku mula jadi pening. mana yang betul?

kata kak madeeha, bila syira dah faham apa yang akak cuba sampaikan ni, syira akan mudah faham tindakan yang dibuat dan diumumkan.

dari situ, aku sangat sedar yang kefahaman aku belum penuh. ya lah. aku memang belum pernah terlibat dengan usrah atau pun apa apa aktiviti secara langsung. masih, aku cuba nak fahamkan. pimpinan dan islam, tak boleh dipisah-pisahkan. islam kena syumul. tak boleh bercampur langsung dengan agama lain dalam apa jua benda. tak boleh. sikit pun tak boleh. aku, walaupun aku tak pernah terlibat secara langsung, aku rasa benda tu aku boleh faham, aku boleh hadam, dan aku boleh terima. aku pegang kefahaman ni kuat-kuat dalam setiap benda dan maklumat baru yang aku terima.



pun, aku tak tolak apa apa idea dan fahaman orang lain. mereka yang aku kenal, banyak sisi yang sama dengan apa yang kak madeeha sampaikan. cumanya, ada satu sisi yang pandangan mereka berbeza sedikit. aku perlu faham lebih lagi. sebab aku tahu mereka bukan cakap-cakap kosong. orang macam mereka mesti ada pemahaman sendiri. lebih lebih lagi pasal masa depan negara. aku hormat, sangat hormat benda tu. aku cuba cari sendiri, tapi masih tak dapat penjelasan. aku rasa aku kena tanya. aku jumpa perkataan 'islah' dalam artikel dari manchester. aku rasa itu. tapi aku kena ada pencerahan.

ahaaa.. yang mengejutkan. aku rasa sangat sangat nak jadi macam mereka yang cakna dengan semua benda. yang matang dalam semua fikiran. yang ulasan dan komen sangat provokatif (dalam definisi aku sendiri) yang buat rasa nak tahu dan lebih tahu dalam diri aku meluap luap.

Allah.. nikmat apakan lagi yang ingin aku dustakan?

sungguh, walaupun perkataan 'betapa' tu banyak sangat dalam otak aku, walaupun aku rasa aku dah tertinggal kereta api jauh sangat, aku masih rasa besyukur. sekurang kurangnya, aku dah mula keluar dari kepompong 'dialah imamku' . heh.

keluar dari kepompng (:


jom kawan-kawan. kita kena keluar dari kepompong ni. perbaiki diri dan istiqamah come first. cakna, cakna dan cakna dengan isu ummah dan masa depan negara perlu disusuli lepas tu. perlu! yang penting, islam jadikan tunjang dalam apapun.

"andai kota itu peradaban, rumah itu adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalaha agama,"

perenggan pendahuluan dalam setiapa bab novel tuhan manusia. aku faham dan aku hadam.

perlu! ayuh!

No comments:

Post a Comment