Monday 25 February 2013

NUSRA 2013.

bismillah.

alhamdulillah, malam tadi, selamat selesai program anjuran NUSRA-KELAB IMAM REMAJA-ASPUTIGS.

ceramah bertemakan 'cinta monyet dalam kalangan remaja' disampaikan oleh ustaz muhd. faridhilmi bin muslimin, sekaligus kawan kepada ustaz ilyas.

saya sampai agak lewat. dalam 3.30. janji jumpa kat surau, rupanya semua dah berkampung dekat bilik sakit blok A. haha. sarah. djah dengan bella siap dah tido lagi.

turun bawah. cari ustaz. rupanya esok (sabtu) ada mesyuarat PIBG. the whole school and most of the hostelians tengah sibuk prepare untuk esok. kompang. nasyid. blablabla. and i was like -.-'' kata free, kang ada program malam ni, mesti ramai yang half-hearted nak turun dewan.

aishhh. masa ni aku dengan jiha dah mula tak sedap hati. nerbes pulak tetiba.

dalam 4.30, masing-masing angkut barang pergi surau atas. alhamdulillah, walaupun tak ada tilam apa semua, tapi semua okay je :)

briefing. maghrib. bagi-bagi tag yang super comel. siap-siap untuk set up dewan. sebenarnya tak ada nak set up apa sangat pun. sebab kerusi dah disusun. cuma, nak prepare lcd, lappy, sound system dan sebagainya.

and the ceramah began :)

ohoho. bersesuaian dengan tema cermah cinta monyet, ustaz yang bagi ceramah tu pun sangat sporting, kelakar dan kena dengan theme.

okay first, dia cerita pasal apa itu cinta. setiap orang kat dalam dunia ni akan dicampakkan dengan satu rasa mahabbah. rasa kasih dan sayang. setiap orang. jadi, umumnya, rasa cinta tu tak boleh nak elak. akan ada. bila-bila masa sahaja rasa 'suka' tu boleh datang.

ustaz faridhilmi bahagikan cinta pada tiga bahagian.

1. cinta monyet
2. cinta segitiga
3. cinta palsu

ketiga-tiga cinta ini, adalah cinta yang sangat berbahaya. boleh melalaikan, boleh timbulkan hasad dengki, dan juga boleh membawa pada membunuh. nauzubillah.

as stated, cinta ni, bukan benda yang boleh nak dijangka bila nak 'jatuh kasih' dan sebagainya. jadi, langkah berjaga-jaga kena diambil dari sekarang !

1. jaga pandangan. jangan dok tengok tiap sosok badan lelaki itu. hahaa

2. jaga percakapan. nak tak nak, semua orang memang perlu berurusan dengan kaum berlainan jantina. cakap tu boleh, TAPI, cakap BILA PERLU SAHAJA. kalau masa belajar misalnya, boleh untuk tanya. tapi bila dah dapat solusi dan jawapan, tak perlu nak panjangkan perbualan. kalau nak berbual jugak, gatal la tuuu kehkeh

3. tutp aurat. tutup aurat. bukan balut ye. huhu. soalan cepu gangsa ustaz faridhilmi, mana yang wajib. pakai tudung atau tutp aurat? dan asramawati yang bijak2 belaka pun menjawa dengan yakinnya, TUTUP AURAT!! hehe. yeah.

then pom pam pom pam, ustaz cakap, manusia akhir zaman akan suka pada 5 perkara, tapi lupa kepada 5 perkara. which are :

1. suka kepada DUNIA tapi lupa pada AKHIRAT
2. suka kepada HARTA tapi lupa pada HARI KIAMAT
3. suka kepada MAKHLUK tapi lupa pada PENCIPTA
4. suka BERDOA tapi lupa BERTAUBAT
5. suka RUMAH tapi lupa kubur

sentap.

very true. kan kan kan?

cinta yang hakiki dan perlu disemai dan dibaja tiap2 hari ialah cinta pada Allah dan Rasulullah s.a.w.  dan sepandai pandai manusia ialah manusia yang ingat kepada MATI.

astaghfirullah hal'azim.

tak ingat banyak sangat. hehe. sori yaya. tapi ni antara point penting ustaz cakap :)

dalam 10.45, ceramah tamat. alhamdulillah. semuanya berjalan lancar.

ambil gambar. kemas dewan. supper. isya'. TIDUR dengan sejuknya dan gigil-gigil hahaa.




No comments:

Post a Comment