Thursday 7 February 2013

usrah food court

bismillahhirrahmanirrahim

subhanallah. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

macam mimpi. semalam dapat jumpa kak madeeha. selama ni aci cakap kat facebook je, kalau cuti nak jumpa. heee. semalam, alhamdulillah, Allah bagi peluang kami jumpa ramai-ramai. syira. jiha. dhiya. iera. ctoq. intan. kak madeeha. oh ye. ada kak atikah amirah sekali. selingan jumpa raja and atiq.

dari pukul 11 sampai pukul 3 bertapa kat food court bp mall. heehee. bukan bertapa kosong. lebih pada cerita. kongsi masalah. tanya pendapat. usrah :') masing-masing rasa macam mimpi. nak nangis pun ada. kami segan nak jumpa kak madeeha, sebab rasa macam, entah ek. rasa rendah diri. kami ni dah la hu-ha-hu-ha je hewhew.

once kak madeeha sampai, semua macam speechless. tergamam pun ada. kak madeeha pun segan nak jumpa kitorang. hahaa. akak, kitorang yang segan dengan akak tau. ilmu kitorang dengan ilmu akak macam langit dengan bumi :')

alhamdulillah. banyak sangat ilmu yang kak madee share dengan kami. banyak sangat. dari pengalam akak masa sekolah yang nakal dulu. macam mana kak madee cuba ubah diri dia dari ikhtilat atau pergaulan. macam mana kak madee diperkenalkan dengan ukhti dan akhowat yang,, subahnallah, sangat jeles dengan ukhuwah dorang. macam mana dia mula nak cari diri, kena pulau dengan kengkawan. dan akhirnya sampai di bumi mesir. dan pilih wasilah yang ukhti pegang sekarang.

wasilah. ya. wasilah.

macam lawak haisshhh dulu tak pernah terfikir pun akan fikir pasal wasilah segala bagai ni huahuahua. wasilah. wasilah ni, jalan. laluan. fikrah kita, dan kat mana kita nak sumbang tenaga kita pada islam.

tak nak mention ukhti ikut wasilah yang mana. cumanya, saya pegang konsep dan fahaman macam ni.

hidup kat dunia, kita kena kenal dan tahu apa matlamat hidup kita. kita nak macam mana? sepatutnya, matlamat hidup kita, kita nak BERBAKTI dan MENYUMBANG kepada pembangunan dan agama Islam.

sebab tu pentingnya ada wasilah. sebab bila ada wasilah, kita boleh kenal pasti fikrah kita, dan kita dah ada laluan untuk sumbang tenaga kita pada islam. satu yang kami suka, ukhti tak ada cakap wasilah lain sekian sekian. semuanya ok. semuanya tak bertentangan dengan syarak. cumanya, ialah, kefahaman setiap individu tu berbeza.

mungkin individu A kata, wasilah A best, tapi mcm tak berapa berkenan dengan fikrah wasilah B. mungkin juga individu B berkenan dengan wasilah B, tapi macam tak ngam dengan wasilah A. ha, macam tu lah lebih kurang.

pada saya, setakat ni, saya setuju dan dapat hadam apa yang kak madee dah terangkan pada saya. neutral. dalam segi apa pun. kalau salah kita cakap salah. kalau betul, kita sokong. pengamalan islam dalam kehidupan kita kena SYUMUL. menyeluruh. islam tak boleh bercampur dengan benda lain, walau sikit pun. kat sini nampak yang islam adalah satu agama yang TEGAS.

tak boleh bercampur dengan benda lain walau sedikitpun. dari segi apa pun. SYUMUL. baik dari segi pertuturan, percakapan, idea, pandangan, dan juga pentadbiran.

pentadbiran dan organisasi. entah macam mana. macam berminat pulak dengan kerja-kerja organisasi macam ni. heheee. senang kata, politik la. :p

banyak lagi yang saya kena kutip. ilmunya. tokohnya. imam hassan al banna. syed qutb. subhanallah. banyak sangat perkongsian semalam.

tak sebut lagi pasal isu-isu semasa. pluralisme. sekularlisme. humanisme. hedonimse. syiah. murtad. Allahhurabbi.. permasalahan umat. cakna tak cakna ajalah remaja sekarang dengan isu2 macam ni. hee yang cakap ni pun sama gak. masih banyak benda yang perlu ditimba dan diperbaiki.

ingat, jadi jadi individu yang terpengaruh dengan suasana, tapi kena jadi individu yang merubah suasana. semuanya berbalik pada iman dan takwa.

sambung cerita dalam bas. dari bp mall sampai depan rumah hehe. sebab kak madee naik bas ke muar jugak. cerita pasal tarbiyyah. nikmat tarbiyyah. ukwah. Allah.. nak sangat rasa suasana macam tu :')

untuk kak madee, terima kasih sebab datang jauh-jauh, spend masa ngan kami. cerita banyak benda dengan kami. share banyak ilmu. serius macam mimpi.

untuk iera, diya, jiha, intan dan ctoq, terima kasih kat hangpa semua. kalau hangpa tak ada, mesti kurang syok. thanx sebab jadi kawan aku selama ni. ingatkan mana yang lupa. betulkan mana yang salah. aku sayang korang. ukhwah fillah :'D aku bersyukur sangat dapat kawan macam korang.

usrah di food court. nikmat Allah. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment