Sunday 24 February 2013

A dan B

bismillah.

dua tiga hari ini, masalah ni suka buat aku pusing-pusing dan guling-guling sebelum tidur.

tak, bukan masalah. tapi lebih, pada, emm, aku yang belum faham konsep dan cetek ilmu?


yup. masih mencari. dan yup. belum dapat konklusi. heh.


betul kata kakak yang dikasihi dan baik hati (walaupun baru kenal) :)


"nanti akan sampai masa, bila awak akan kata 'oooo' atau awak akan jumpa benda yang boleh buat awak tak tidur malam,"


masa ni kami cakap pasal benda lain. tak de kena mengena dengan keluh kesah (heh) sekarang ni.


setakat ni aku masih tidur dengan cukup lena :p


tapi, ya. benda ni, makin lama makin buat aku keliru.


sekejap aku rasa, aku setuju dengan kata A. aku kata aku faham. aku fikir, dan aku hadam.


tapi bila aku baca tulisan orang, aku jadi goyah. ya. itulah yang sebenarnya. goyah.


dan bila aku tanya B, pun aku setuju. aku faham. aku fikir. bila aku baca dan tonton, aku rasa aku mula menghadam.


fuhhh.


apa yang aku (yang sangat cetek ilmunya ini) nampak, A dan B berlawanan. jelas.


A lebih kepada pegangan yang kuat pada jati diri dan asal usul. dan teguh pada kedua-duanya juga. sangat teguh. dan kadang, orang (dan aku juga pernah terfikir bila membaca ulasan), memilihkah A ini?


tapi aku faham. walaupun aku belum pernah terlibat secara langsung dengan A, aku pernah dimengertikan. A bukan mahu memecahkan. sebaliknya mahu memberi peluang kepada mereka untuk memilih yang seangkatan jati diri.


B. hurmm. mulanya, bila aku dimengertikan tentang A, aku dengan mudahnya menolak B. entah ya. orang yang mengertikan aku tentang B sangat aku kagumi dan hormati. mereka, uhuh, sungguh aku ingin jadi sepertinya. dan ya, mereka berhujah guna statistik, angka dan fakta. juga perudangan.


A juga begitu. tapi ya, sudah aku kata aku tidak pernah terlibat secara langsung dengannya, maka aku tidak tahu tentang penomboran A.


ah, bukan penomboran yang jadi pokok bicara, tapi kefahaman dan bijak dalam menilai.


A sungguh-sungguh mahu penyeluruhan dalam segala aspek. baik dari sekecil-kecil anak, sehingga sebesar-sebesar bapak. A mahu membangun dalam penyeluruhan dalam semua aspek. A suka mendekati. dan ya, rasa dihargai tu tak boleh tipu. tapi.. hurm. kalau mahu A punya ukhuwah dan tarbiyyah sahaja boleh? hehe. 


B pula, aku mulanya setuju dengan A, dan aku juga tak boleh nak tipu tentang takut kalau tuan tanah dikerumuni semut api. B pandai dan bijak. cuba memahamkan rakyat tentang perundangan dan cuba usir momokan yang diperdengar. soal toleransi, aku tak nafikan kewajarannya. ialah, kita kan air batu campur. ada ais, jagung, kacang. kan? persoalan-persoalan yang dikemukakan B kerap kali buat aku berkerut-kerut. huhu.


tapi sungguh, aku tak berapa suka B mengatakan A ditunggangi sesiapa. tentang isu-isu sensitif monotheisme, aku, hurm. entah ya. 


ilmu cetek lagi. ini pandangan peribadi daripada insan mentah dan hina. mentah. sungguh mentah. sangat mentah.  masih banyak yang perlu aku selidik, teroka, baca, faham dan nilai.  yang pasti, aku pernah dipesan, jangan jadi syabab yang dicucuk hidungnya.


orang kata A, A lah perginya. orang cadang B, B lah diturutnya.


tak. aku tak mahu macam tu. kalau aku mahu ikut, biarlah dengan rela hati dan kefahaman yang penuh.


moga kita diberi hidayah dan cahaya daripadaNya.

moga kita ditunjukkan jalan yang lurus.
moga kita dimantapkan islam dan iman.
moga kita dijauhkan daripada pemesongan akidah.
moga kita mampu berjuang, belajar dan bangkit untuk ummah.
moga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan yang zalim.
moga kita sentiasa dibantu olehNya dalam membuat keputusan dan penilaian
moga kita istiqamah.
moga kita terus mencari, mecari dan mencari 

:')




No comments:

Post a Comment